Ahad, 31 Ogos 2014

UCAPAN ATAU HASUTAN .?

UCAPAN LIM GUAN ENG SEMPENA MERDEKA


BERSATU DAN MAJU -TEMA HARI MERDEKA DARI LIM SEKELUARGA.

Perutusan FITNAH DAN MENYEMAI KEBENCIAN Hari Merdeka 2014 oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2014.

Ulangtahun Kemerdekaan ke-57 yang penuh was-was, dibayangi ekstremisme kaum yang kian meningkat, tragedi nahas berkembar MH37- dan MH17 serta kehilangan pekerjaan buat 6,000 petugas MAS, pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, penafian peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar cemerlang dan peningkatan kos sara hidup.

Malaysia menyambut ulangtahun Kemerdekaan ke-57 yang penuh was-was, dibayangi ekstremisme kaum yang kian meningkat, tragedi nahas berkembar MH37- dan MH17 serta kehilangan pekerjaan buat 6,000 petugas MAS, pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, penafian peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar cemerlang dan peningkatan kos sara hidup.

Sementara rakyat Malaysia bersatu hati dalam ingatan dan kedukaan ke atas mereka yang terkorban dalam tragedi berkembar MH370 dan MH17, pemimpin politik BN terus menambah kehangatan politik dengan kenyataan memecah-belah dan tindakan ekstremis. Pemimpin Pakatan Rakyat dikenakan pendakwaan terpilih dan layan undang-undang double standard berikutan pendakwaan Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen DAP Teresa Kok, mendiang Karpal Singh serta Adun DAP Pulau Pinang RSN Rayer, Ahli Parlimen PKR N. Surendran, Rafizi Ramli dan Tian Chua; serta Ahli Parlimen PAS Khalid Samad.

Adakah sebarang tindakan tegas diambil terhadap mereka yang berhimpun di luar rumah bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan melakukan senaman bontot? Dan kenapa pula tidak ada tindakan terhadap fitnah yang dibuat bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah anti-Islam hanya kerana ia membenarkan upacara bacaan doa di sebuah bangunan persendirian sebuah NGO dilakukan oleh seorang ustaz Islam serta pendeta Hindu dan Kristian?

Pada masa yang sama, 6,000 pekerja MAS akan diberhentikan di bawah pelan menyelamat bernilai RM6 bilion dan akan menyambut Merdeka tanpa pekerjaan dan jaminan kewangan. DAP menentang pemecatan 6,000 pekerja tersebut kerana sekiranya Kerajaan Persekutuan mahu membelanjakan RM6 bilion wang rakyat untuk menyelamatkan MAS, syarikat kroni BN lah yang mesti dipecat terlebih dahulu dan bukannya 6,000 pekerja biasa MAS. Kenapa lebihkan kroni berbanding pekerja biasa?

Sama juga halnya apabila rakyat Malaysia tidak dapat memahami kenapa pelajar cemerlang STPM dinafikan tempat di universiti dan kursus yang mereka kehendaki? Ramai pelajar cemerlang STPM tertolak daripada mengikuti kursus perubatan, pergigian dan farmasi; serta sebaliknya ditawarkan kursus kejururawatan. Adakah kita akan berdepan situasi di mana pelajar-pelajar cemerlang kita menjadi jururawat yang akan menjadi lebih pintar dan cekap berbanding doktor-doktor kita nanti?

Rakyat Malaysia benar-benar rindukan perubahan kerana mereka mahukan kerajaan yang mendahulukan mereka, mengutamakan mereka melebihi kroni dan memastikan bahawa kekayaan negara diagihkan sama rata demi membantu mengatasi kenaikan kos sara hodup. Sambutan Hari Merdeka ke-57 tahun ini hanya akan bermakna sekiranya semua rakyat Malaysia menikmati kebebasan daripada kejahilan, kemiskinan, rasuah serta bebas dari belenggu ketakutan.

LIM GUAN ENG