Isnin, 1 September 2014

PPS pertubuhan haram yang mengancam keselamatan negara.

Datuk Huan ( PCM) dalam sidang media mendedahkan salah laku PPS.


Tahniah diucapkan kepada PDRM kerana bertindak tegas terhadap pertubuhan haram yang sengaja dihidupkan di bawah pentadbiran Dap Pulau Pinang.

PSS telah ditubuhkan oleh Guan Eng pada bulan Mei 2011.Tujuan awalnya dikatakan untuk membantu pihak berkuasa keselamatan menangani kegiatan atau aktiviti sosial yang negatif di sesuatu kawasan.

PPS dianggotai 937 orang dengan 46 pasukan dan selepas tiga tahun, bilangannya meningkat kepada 9,002 orang dengan 299 pasukan. 

Dalam tempoh itu, terdapat beberapa aduan daripada orang ramai yang kurang senang dengan PPS yang dilihat mengambil tugas pasukan keselamatan. 

Terdapat juga dakwaan, anggota pasukan itu mengasari seorang jurugambar dan aktivis sosial mendakwa dipukul. 

Berikutan aduan aktivis sosial itu, ada juga yang mengaitkan penglibatan PPS dengan gangster tetapi kerajaan DAP menafikannya sebaliknya menyifatkan pertubuhan itu dijadikan 'kambing hitam' oleh individu tertentu untuk mengkritik dasar kerajaan negeri.

Selepas 3 tahun ditubuhkan oleh Guang Eng, PPS tidak didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan dan seolah-olah PSS  membelakangkan sistem perundangan negara. Sudah pasti pemilihan ahli juga tidak dirujuk kepada Majlis Keselamatan Negara. 

Oleh kerana ROS, MKN dan KDN mengambil sikap tunggu dan lihat, maka Dap terus berdiam diri dan dalam masa yang sama terus membesarkan angkatan PPS mereka. Guan Eng mendakwa di Pulau Pinang sudah ada 10 ribu ahli yang berdaftar dengan kerajaan negeri.

Tidak mustahil Dap mungkin secara senyap telah mengembang kan pertubuhan ini ke Selangor dan kawasan-kawasan yang mereka menang dalam kerusi Dun dan Parlimen. 

Di Taiping terdapat laporan penduduk pernah melihat kumpulan berjeket ungu siap dengan menggunakn radio dua hala atau walkie talkie.

Di Pulau Pinang PSS ditubuhkan di setiap kawasan Dun dengan peruntukan RM 10 ribu setiap satu DUN dan diberikan vest, topi, dan lain-lain keperluan.


Seminggu yang lalu, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata, PPS bukan sebuah pertubuhan berdaftar seperti dimaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

PSS bukan lah seperti Rela atau JPAM yang berkhimat untuk membantu orang awam tetapi pertubuhan ini lebih kepada parti politik Dap seperti yang dilakukan oleh Unit Amal Pas.

Guang Eng mendakwa ia pertubuhan yang sah kerana ditubuhkan oleh kerajaan negeri tetapi persoalan besar ialah kenapa PPS bertindak memasang bendera Dap dalam PRU yang lepas. Jika benar ia adalah pertubuhan untuk membantu polis membanteras jenayah dan PPS ditubuhkan menggunakan wang cukai rakyat. PPS tidak boleh membantu Dap dalam kempen pilihan raya lepas. Ia hendaklah bebas dari kerja-kerja politik.

Unit Amal Pas difahamkan menggunakan dana kewangan parti dan tidak menyentuh wang rakyat, setakat hari ini belum ada laporan atau maklumat Unit Amal Pas di Kelantan menerima dana kerajaan negeri.. 

Pertengahan bulan lepas seorang aktivis masyarakat En Ong Eu Soon 52 tahun telah diserang dan dibelasah oleh PPS di Air Hitam pada jam 11.05 malam.  Ong diserang kerana giat mengkritik kerajaan negeri.

Ekoran dari itu Lim Guang Eng mencabar dan mengisytiharkan perang terhadap Ketua Polis Negara , ucapan LGE kini boleh di lihat dalam



Kelmarin Polis bertindak menahan sebahagian ahli PPS yang menyertai perbarisan kemerdekaan di negeri tersebut untuk diambil kenyataan dan jika disabitkan dengan kesalahan maka terima lah hukumannya.

Lim Guan Eng juga ada menyebut bahawa beliau mendapat mandat 68% penduduk Pulau Pinang dan sudah tentu 68% penduduk negeri itu menyokong PPS.  Guang Eng cuba mengelirukan rakyat dengan angka-angka matematik. 

68% ialah peratus undi yang dimenangi oleh Pas, Dap dan Pkr bukan untuk menubuhkan gangster. Kini kekuatan PPS ialah 10% daripada kekuatan PDRM seluruh negara. 

Apa kah Lim Guang Eng akan mengajak pemilik-pemilik senjata berlesen seperti senapang, pistol dan lain-lain dari keturunan cina yang menyokong Dap untuk menyertai PPS seluruh negara? 

Apakah Dap akan menggantikan Bintang Tiga?