Ahad, 7 September 2014

Rakyat mahu kekalkan Akta Hasutan, Najib pula nak mansuhkan!

Semalam saya tulis sikit mengenai akar umbi Umno mahukan akta ISA di di kembalikan, begitu juga kenyataan daripada Ketua Polis Negara yang bersetuju jika akta ISA di kembalikan semula.

Semalam dalam usul tergempar, Umno Taiping dan mungkin banyak lagi bahagian lain mahukan Akta Hasutan dikekalkan.

Perdana Menteri YAB Dato Seri  Najib Tun Razak pula dikatakan tetap akan memansuhkan akta hasutan dan menggantikan dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Sosial Nasional.

Bagaimana pun, Rang Undang-Undang Harmoni Nasional yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948 terlampau menjulang Perkara 8 (lapan)  Perlembagaan Persekutuan.

Perkara Lapan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah yang memperuntukkan kesamarataan itu sehinggakan mengetepikan pula empat perkara sensitif dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahasa Kebangsaan (Perkara 152), kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera (Perkara 153), kedaulatan Raja-Raja Melayu (Perkara 181) dan Bahagian III berkaitan kerakyatan (Perkara 14-30).

Kegusaran  ini pada dasarnya berasas kerana kelihatannya ketika ini yang berlegar-legar dalam fikiran sebahagian ahli berfahaman liberal dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) agak menjurus untuk menguar-uarkan Perkara Lapan Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu keputusan menggantikan Akta Hasutan dihormati.

Apa yang di bangkitkan Ahmad Zahid adalah sokongan bersyarat. Akta Keharmonian Nasional yang dicadangkan, kata Menteri ini, harus merangkumi tiga elemen utama iaitu agama, kaum dan budaya.

Kewujudan tiga elemen sedemikian penting bagi memastikan akta berkenaan benar-benar relevan dan berfungsi dengan baik, terutama dalam melindungi perkara sensitif.

Nampaknya ada pro dan kontra..terhadap akta yang sudah dan bakal dihapuskan. Akta ISA digantikan dengan SOSMA, Kini Akta Hasutan juga bakal dihapuskan dan digantikan dengan yang baru.

Pada pandangan Taipingmali, kedua-dua undang-undang  tersebut (yang lama) tidak perlu dimansuhkan kerana ia masih juga relevan. 

Akta ISA dan Akta Hasutan patut dikekalkan dan akta baru iaitu SOSMA dan Akta Keharmonian Sosial Nasional menjadi penambahan kepada dua akta sebelum ini, jadi jika ada tangkapan maka boleh lah diletakkan dibawah mana-mana yang sesuai... Maaf saya bukan peguam......tak pandai nak ulas panjang-panjang tentang perundangan ...sekian.