Perwakilan Persidangan Umno Bahagian Taiping hari ini, banyak menyentuh tentang kebiadapan segelintir golongan pengguna media sosial yang berani menghina bangsa melayu, raja-raja melayu dan juga menghina agama Islam.
Ramai yang kesal kerana mereka bebas bercakap sesuka hati tanpa ada rasa bersalah dan tidak tiada tindakan yang diambil, ia berbeza dengan kes KIKI CCM25 dan PU Shahul yang begitu cepat dikenakan tindakan.
Seperti juga Namawee yang terang-terang menghina lagu negaraku masih diberikan dana untuk membuat filem. Rayer yang terang-terang menghina bangsa Melayu masih gagal dituduh di mahkamah atas alasan beliau membuat kenyataan di dalam dewan DUN. Ramai lagi yang dipanggil ke balai untuk diambil keterangan dan kemudian dibebaskan tanpa ada pendakwaan di mahkamah. Begitu juga dengan pasangan blogger lucah yang menghina Islam sehingga kini masih tergantung kes mereka.
Oleh itu ramai yang mahukan ISA dikembalikan semula, tetapi dalam ucapan penggulungan Ketua Umno Bahagian memperingatkan perwakilan bahawa walaupun ISA dimansuhkan tetapi ada gantinya yang dilihat lebih releven dengan keadaan dan situasi semasa iaitu apa yang dikenali sebagai SOSMA atau Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-Langkah Khas) 2012. (The Security Offences (Special Measures)
SOSMA di lihat masih perlu ada pembaikan supaya pihak mahkamah dapat menerima pakai sebarang eviden yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
SOSMA lebih sesuai hari ini berbanding ISA kerana ia lebih luas ruang lingkup untuk menjaga keharmonian dan keamanan negara. ISA yang diperkenalkan oleh British untuk mengekang penyebaran fahaman komunis dilihat sudah kurang sesuai digunakan untuk kesalahan yang berkaitan dengan hasutan politik. Mereka yang ditahan di bawah ISA bersabit dengan kesalahan politik begitu mudah menyaman pihak kerajaan atas tangkapan dan penahanan mereka dan ramai yang menang dalam kes. Oleh itu ISA dilihat masih ada lompang-lompang yang tidak menyebelahi kerajaan yang memerintah.
SOSMA baru berusia 2 tahun dan setakat ini baru 3 individu yang juga bekas tahanan ISA ditahan di bawah akta baru ini.
Jelas sekarang bahawa ramai akar umbi Umno belum faham dan jelas dengan SOSMA dan ramai yang mahu ISA dikembalikan. Oleh itu pihak Jasa, Kemas dan BTN perlu turun padang untuk memperjelaskan kepada akar umbi mengenai akta baru ini. Jika perlu panggil orang KDN sendiri untuk memberikan penerangan.
Berbalik kepada penghinaan oleh segelintir masyarakat negara ini terhadap bangsa melayu, Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu yang melibatkan orang awam dan pemimpin politik pembangkang terutama Dap perlu diambil tindakan tegas dibawah akta SOSMA yang baru.
Kita tahu mereka tidak sepatutnya melakukan penghinaan sedemikian rupa terhadap orang melayu, Islam dan raja-raja.
Jika dirujuk kepada kontrak sosial dahulu, warga British yang dibawa masuk dari tanah besar China dan Benua India hendak lah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam jus soli. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian mereka bolehlah balik ke negara asal atau berpindah ke mana-mana negara lain yang mereka suka. Ini janji yang wajib dipatuhi sampai bila-bila.
Cuma jika kita lihat balik sejarah, ada imigeren yang masuk bukan kerana dibawa oleh British tetapi mereka menyusup masuk untuk menyebarkan ajaran komunis dan untuk menawan tanah melayu. Usaha mereka untuk menguasai kuasa politik tanah melayu tidak kesampaian. Era pemerintahan komunis dikenali sebagai zaman darurat 1948 tetapi tidak lama. British berjaya mengekang usaha mereka dan komunis lari masuk hutan dan membina kem besar mereka di Daerah Betong Thailand. Komunis hanya meletakkan senjata dalam perjanjian di Hotel Lee Garden Hatyai.
Jadi tidak mustahil lah golongan yang berfahaman komunis inilah yang sedang berusaha untuk menyerang ketuanan melayu. raja-raja melayu, agama islam dan cuba menghasut generasi baru mereka untuk tidak hormat kepada orang melayu, tidak sensitif kepada adat dan budaya melayu. Cumanya cara mereka berjuang hari ini lebih kepada perang saraf mengguna media elektronik.
Orang Melayu dianggap rasis bila menyentuh isu-isu bukan melayu, terbaru seorang ahli politik parti komponen BN sendiri mendesak agar Zahid Hamidi ditangkap kerana memberi ucapan yang dianggap rasis. Pada hal kenyataan Zahid ialah meluahkan rasa kecewa dengan sikap golongan yang suka menghina bangsa melayu, agama dan raja-raja. Zahid tidak akan meluahkan rasa kecewa jika golongan ini tidak memulakan terlebih dahulu.
Dua usul tergempar hari ini ialah Umno Bahagian Taiping sebulat suara mahu Akta Hasutan dikekalkan dan yang kedua menyokong penuh usaha Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri dalam menangani isu-isu dalam dan antara bangsa demi menjaga kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.
Dua usul tergempar hari ini ialah Umno Bahagian Taiping sebulat suara mahu Akta Hasutan dikekalkan dan yang kedua menyokong penuh usaha Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri dalam menangani isu-isu dalam dan antara bangsa demi menjaga kesejahteraan rakyat dan keamanan negara.
bersambung/.....