Isnin, 6 Oktober 2014
Kejadian mengganggu ibadat korban cukup menjijikkan
Apa yang berlaku di Telok Panglima Garang Selangor kelmarin amatlah memalukan. Ia mengenai perilaku seorang lelaki India yang tidak membenarkan penyembelihan lembu untuk ibadat korban.
Sejak merdeka dan sejak tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu dan bangsa Melayu menerima kaum-kaum lain yang dibawa masuk oleh British supaya dibenarkan tinggal dan menetap di Tanah Melayu dan diberikan taraf warganegara.
Untuk membolehkan warga British terus tinggal dan hidup di bumi Malaysia, mereka dikenakan beberapa syarat. Antaranya ialah menghormati orang Melayu dan adat-adat yang menjadi amalan orang Melayu, memahami dan menghormati agama Islam adalah agama Persekutuan Tanah Melayu.
Barang siapa yang tidak faham berbahasa Melayu hendaklah berusaha mempelajarinya. Mereka juga diberi pilihan jika tidak bersetuju dengan segala syarat yang tetap kan dalam kontrak sosial mereka boleh memilih untuk meninggal kan tanah air ini. Ini kontrak yang dipatuhi oleh datuk nenek nenek mereka dahulu.
Kini sejak berkembangnya fahaman sosialis demokratik yang dibawa oleh parti-parti politik pembangkang dan NGO yang cuba mengganggu gugat keharmonian kaum yang telah lama terbina.
Individu ini sememangnya sudah lupa akan janji-janji taat setia datuk nenek mereka sehingga berani untuk mencabar majlis korban.
Tahun lepas seorang individu juga turut menelefon seorang guru besar di Selangor yang mempertikai majlis korban yang dilakukan di sebuah sekolah kerajaan. Taipingmali memuji sikap guru besar tersebut yang berlembut dan berhemah menjawab soalan mempertikai kan majlis korban. Apa yang diharapkan oleh pemanggil supaya guru besar itu meninggikan suara dan memaki hamun beliau tidak kesampaian, Guru tersebut cukup berjaya menjawab dengan tenang dan akibatnya pemanggil yang naik darah sendiri.
Tindakan penduduk Taman Jaya Utama atau Khairiah Surau Attaqwa tidak bertegang leher dengan lelaki tersebut juga satu tindakan bijak. beliau terus ke balai polis dan membuat laporan polis. Taipingmali percaya lelaki India itu pasti kena tarbiah oleh polis dan pemimpin masyarakat India yang tidak setuju dengan kebodohannya.
57 Tahun Malaysia Merdeka kini baru kita dengar kes-kes terpencil yang BODOH seperti ini.