Masjid sewaktu awal pembinaannya. |
Masjid Jamek Kampung Expo yang dibina oleh kerajaan BN dengan dana yang disumbang kan oleh kerajaan ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri cukup sinonim sebagai kubu pertahanan parti Pas Perak, khususnya di kawasan Parlimen Taiping.
Masjid ini pernah menjadi kesayangan ahli parlimen Dap, Nga Kor Meng kerana kerap menaja majlis berkhatan pada hujung tahun.
Dalam kempen PRU 13 lalu, Nurul Izzah pernah datang dalam satu majlis Muslimat Pas Perak untuk memperkenal kan calon-calon wanita Pas yang akan bertanding dalam DUN dan MP Perak. Begitulah hebatnya Masjid Kampung Expo, Kamunting Perak.
Kelmarin masjid tersebut sekali lagi menjadi tumpuan ramai anak-anak kampung (Khairiah) yang balik menyambut hari raya korban. Namun ini lah peluang dan kesempatan yang diambil oleh jawatan kuasa masjid untuk menghentam kerajaan yang memerintah.
Solat sunat dimulakan tepat pada jam 8.30 pagi. Imam Wahid bangun bercakap mewakili pihak ahli jawatan kuasa dengan memohon ampun dan maaf jika terdapat sebarang kesilapan dalam pentadbiran dan pengurusan masjid sepanjang tahun yang lalu.
Beliau juga mengumumkan nama imam dan khatib yang akan bertugas pagi ini yang. Kedua-dua nama tersebut bukanlah nama yang yang biasa tetapi ditonjolkan khas untuk pagi itu. Imam ialah saudara Firdaus anak kepada pengerusi masjid dan khatib yang membaca khutbah ada dijemput khas iaitu Ustaz Zakaria Ahmad seorang ustaz fanatik dengan perjuangan Pas dan Dap.
Kecacatan sudah mula dikesan sebaik sahaja lepas solat sunat 2 rakaat dimana imam terlajak dan bertakbir. Sedar akan kesilapan tersebut pegawai bertugas merampas pembesar suara dan takbir terhenti dan suasana senyap seketika. maklum yang tak tahu apa-apa terus bertakbir sehingga Zakaria Ahmad naik mimbar untuk berkhutbah. Walaupun bertakbir dibolehkan, akan tetapi pada solat sunat hari raya korban, khutbah lebih diutamakan kerana selepas itu anak khairiah akan mengadakan majlis korban.
Di sinilah cacat dan tercemarnya khutbah kelmarin. Makmun dan anak Khairiah mahukan satu khutbah yang baik yang ditulis oleh Pejabat Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak tetapi tidak berlaku.
Zakaria Ahmad menyampaikan khutbah ciptaan sendiri yang langsung tidak berkualiti dan mencapai matlamat yang diharapkan sempena aidul adha.
Permulaan khutbah nampak baik dan okay walaupun keras tetapi bila di penghujung khutbah isinya mula menyimpang dan meloyakan.
Kelmarin juga Taipingmali banyak menerima mesej daripada anak Khairiah yang tidak berpuas hati dengan isi khutbah yang jelas merapu dan tidak berkualiti. Sewaktu menghadiri majlis korban lebih ramai jemaah yang menunaikan solat di masjid tersebut meluah rasa kecewanya dengan sikap AJK yang tak habis-habis nak berpolitik atas mimbar masjid lebih-lebih lagi pada hari raya.
Apakah isi khutbah tersebut?
Dalam khutnah tersebut beliau menyebut tentang perjuangan Islam yang terdahulu lebih tinggi nilainya berbanding kita yang hanya berkorban 300 ke 400 seorang untuk berkorban seekor haiwan, Pejuang-pejuang Islam terdahulu sanggup mati ditali gantung dan dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Walaupun ramai nama pejuang Islam yang disebut oleh beliau namum beliau tidak lupa untuk menyebut dua nama iaitu Syed Qutb dan Hassan Al Bana. Dua nama ini cukup sinonim dengan Pas yang mengangungkan dua nama pencetus revolusi yang mahukan pertumpahan darah rakyat Mesir, Syed Qutb dan Hassan Al Bana adalah pencetus revolusi dan gerakan ikhawannul Muslimin dunia atau Brotherhood of Islam yang ternyata bertentangan dengan Universiti Al Azhar Mesir, Kini fahaman kedua-dua tokoh revolusi ini diharamkan terus dari bumi Mesir.
Selain memuji Syed Qutb dan Hasan Al Bana, khatib juga memuji pejuang-pejuang Islam tanah air yang sanggup menggadaikan harta benda mereka untuk bertanding dan pilihan raya untuk menegakkan perjuangan Islam, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang kalah mereka dihina, dipulaukan, ada yang difitnah sehingga ramai yang ditangkap dan dibuang daerah. ada yang hilang entah ke mana.
Walaupun khatib tidak menyebut pejuang Islam yang bertanding dalam pilihan raya sebagai ahli Pas tetapi kita semua boleh faham siapa yang dimaksudkan itu.
Selain itu beliau juga mengutuk perjuangan Melayu sambil menyebut, beliau sebagai guru yang mengajar di penjara Taiping malu dengan Slogan Hidup Melayu, kerana menurut beliau penghuni cina dan India berjumlah 900 orang lebih, sedangkan Melayu yang dibanggakan berjumlah 1200 orang lebih.
Mengarut sungguh, kalaupun menjadi guru agama dalam penjara, tak payah lah nak bawa cerita sampai keluar. Harap Penjara Taiping berhati-hatilah dengan ustaz Pas ini, Tak payah lah bawa dia masuk penjara sebab duit yang dia dapat tu duit kerajaan kufur lagi zalim.
Banyak lagi isu-isu politik yang dibawanya ke dalam khutbah semalam. cukup lah setakat ini, Harap Pejabat Agama Taiping tegur-tegur lah sikap pentadbiran masjid yang tak habis-habis nak berpolitik.
Akhir sekali ialah sejarah pembinaan masjid.
Dahulu masjid ini pada asalnya sebuah surau dan dibina ialah anak-anak Khairiah dengan peruntukkan kerajaan. Hasilnya terbina lah sebuah surau kecil dan lama-kelamaan dinaikkan taraf menjadi surau diri Jumaat. Usaha berterusan untuk membina sebuah masjid yang besar terus diusahakan oleh AJK asal.
Akhirnya usaha berjaya dan Pak Lah sudi menyumbang kan jutaan ringgit.
Pada tahun 2000 Pas Perak berusaha untuk merampas masjid. sebelum ini Pas mendirikan Markas dan mengajak pengikut mereka menunaikan solat fardu di dalam Markas. Tahun 2000 bermula usaha mereka mendesak AJK Masjid dan Surau seluruh Perak supaya mengadakan mesyuarat Agung untuk memilih AJK baru. Surau Diri Jumaat Kg Expo tidak terlepas daripada perancangan mereka. Kini 14 tahun berlalu dan mereka tidak pula berani mengadakan pemilihan yang baru.
Apabila masjid baru sedang dalam usaha dibangunkan, AJK Pas yang telah merampas surau daripada AJK lama buat solat hajat supaya masjid baru tidak diri kan, mereka takut kepada AJK surau lama akan mentadbir masjid baru itu.
Akan tetapi setelah masjid siap dan akan diserahkan, puak-puak perampas ini pandai-pandai pula pergi ke pejabat agama untuk menyenarai kan semua nama puak-puak mereka untuk mentadbir masjid baru.
Namun begitu anak-anak Khairiah tidak kisah, kalau mereka nak urus masjid, urus lah dengan baik tetapi nampaknya sehingga ke hari ini masih lagi fanatik dengan fahaman jumud mereka.
Ini belum cerita fasal korban.....lagi,,,,,,,