Rabu, 11 Mac 2015

Penjualan Dadah Di Kamunting

Penjualan dadah di sekitar daerah Taiping dan kawasan berhampiran sangat sukar dibendung. Polis juga sudah banyak kali menangkap penagih, penjual malah pernah beberapa kali menyerbu tempat-tempat memproses najis dadah.  Masalah penjualan dadah bukan baru, sejak tahun 70an lagi sudah ramai pengedar dadah yang menamatkan riwayat mereka di tali gantung. Pun begitu sehingga hari ini masalah ini sukar dibendung.

Satu ketika dahulu akhbar pernah membongkar kan kisah kegiatan pengedaran dadah yang begitu licik di Kuala Sepetang dan ia sangat mengejutkan warga tempatan.

Di Kamunting pengedaran dadah menggunakan kereta dan motosikal dan penjualan berlaku begitu pantas. Di Kampung Expo yang mempunyai banyak lorong dan jalan-jalan kecil menjadi pilihan pengedar dan pembeli untuk membuat pertukaran barang.

Sudah banyak kali tangkapan dan serbuan dibuat tetapi masih lagi berlaku, kelmarin Selasa pada jam 6.30 petang Taipingmali berjaya merakam aktiviti mereka menggunakan kamera kecil yang dipasang pada kereta. 

Ia berlaku di Lorong Sekolah 3 Kampung Expo, pengedar ialah seorang lelaki India dan pembeli ialah seorang penagih Melayu yang datangnya dari Kampung Jana. Bagaimana pun penagih berjaya menghilang kan diri di lorong-lorong Kg Jana Sambungan. Berikut ialah beberapa gambar aktiviti pengedaran dadah.