YaPeim merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] bertujuan untuk Membangun Ummah Melalui Budaya Beramal Jariah”
Yayasan bukan asing bagi rakyat Malaysia, setiap negeri dalam Malaysia mempunyai yayasan sendiri. antara yang terkenal ialah Yayasan Selangor, Yayasan Sabah, Yayasan Sarawak, Yayasan Perak dan sebagainya.
Tak kurang juga yayasan yang ditubuhkan oleh individu dan keluarga atau pertubuhan. Antaranya ialah Yayasan Tun Razak , Yayasan Ilham Budi yang ditubuhkan oleh Irfan Khairi dan banyak lagi.
Untuk menubuhkan sesebuah yayasan, anda perlu mempunyai dana permulaan sebanyak minimum RM1 juta yang boleh dikumpulkan dari seorang individu (atau lebih) ataupun sebuah syarikat (atau lebih).
Yayasan tidak boleh menjalankan perniagaan, oleh itu mereka yang menubuhkan yayasan biasanya mempunyai syarikat yang boleh menjana pandapatan untuk disumbangkan kepada yayasan sebagai pemegang amanah.
Yapeim juga sangat terkenal dengan pajak gadai syariah yang dikenali sebagai Ar_Rahnu. Ar-Rahnu telah ditubuhkan pada tahun 1985 sewaktu Tun Mahathir menjadi perdana menteri.
Pajak gadai Islam ini ditubuhkan untuk melindungi orang-orang melayu kampung yang gemar menggadaikan emas mereka ke pajak gadai cina. Pajak gadai cina ini kebanyakan banyak menipu.
Mereka telah didapati mencuri emas dan permata tanpa disedari oleh pemilik barang kemas. Kebanyakan orang melayu kurang pengetahuan tentang timbang berat emas dan tulisan dalam surat pajak gadai, mereka percaya bulat-bulat apa saja yang disebut atau dikatakan oleh tauke pajak yang sememangnya kuat menipu.
Oleh itu seorang individu telah tersentak dengan rungutan seorang wanita tua yang rasa tidak puas hati dengan rantai emas yang ditebusnya kelihatan pendek daripada ukuran asalnya. Bermula dari peristiwa ini satu kajian untuk mendedah penipuan telah dibuat dan akhirnya segala terbongkar, memang ada yang menipu dalam urusan ini.
Oleh itu satu kertas kerja telah dibuat bagi menubuhkan sebuah pajak gadai islam dan hasilnya hari ini cukup membanggakan. Malah ada pihak bank cuba meniru operasi Ar-Rahnu tetapi gagal kerana wujud kegiatan penipuan sehingga institusi tersebut rugi besar.
Yapeim dan Ar Rahnu ada dua entiti seperti isi dengan kuku, jadi tidak hairanlah jika ada pihak yang sakit hati dengan Ar Rahnu dan Yapiem yang banyak membangunkan ekonomi Islam khususnya orang Melayu di Malaysia ini.
Selain daripada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi menjana pendapatan untuk disalurkan kepada yayasan, Yapiem juga membuka peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan Yapiem untuk membangunkan ekonomi Islam dengan menghidupkan budaya amal jariah dan rakyat boleh membuat sumbangan setiap bulan dengan potongan gaji berjadual.
Namun hasil sumbangan orang ramai hanya 60% sahaja dan selebihnya datang daripada pendapatan syarikat-syarikat di bawah Yapeim.
Tindakan National Oversight and Whistleblowers (NOW- Akmal Nasir) sebuah NGO milik pembangkang menyerang Yapiem adalah agenda politik yang cuba menjatuhkan maruah seorang menteri kerajaan yang memerintah.
Sebelum ini pembangkang telah menyerang 1MDB dan ternyata ia berjaya memberikan imej yang buruk kepada kerajaan. Selain 1MDB, mereka juga menyerang Tabung Haji yang dikatakan sebagai penyelamat hutang 1MDB.
Ingat! Mereka pernah menyerang Felda melalui NGO Anak yang diterajui oleh Mazlan Aliman. Pembelian Scorpen kapal selam milik tentera laut yang dibeli dari Perancis juga menjadi sasaran mereka.
Jadi, Tindakan menteri dan Yapiem membuat laporan polis terhadap Akmal Nasir adalah tepat. Ia juga membuktikan menteri tersebut dan pengurusan Yapeim berada dalam keadaan yang betul.
Kesimpulannya ialah kepada mereka yang membuat sumbangan bulanan melalui potongan gaji dan akaun bank tidak perlu gusar kerana sumbangan anda. 100% sumbangan anda adalah untuk membantu mereka yang perlu.