Ahad, 5 Jun 2016

#KEKALBN : Apakah signifikan nya dua calon BN?

#PRKKUALAKANGSAR

Segala nya sudah sedia maklum bahawa  BN telah mencalonkan dua nama yang mempunyai signifikan yang cukup istimewa.

Pertama ialah calon Sungai Besar, Waibi Budiman adalah individu yang cukup mesra rakyat, berpakaian simple, rambut stylo, cermin mata, jika pergi kenduri, WaibiBudiman cuci pinggan, boleh menyanyi jika diminta oleh tuan rumah.

Kedua ialah WaibiBudiman rajin belajar dan kini dalam proses untuk menamatkan pengajian peringkat phd.

Beliau sememangnya seorang yang vokal dalam sidang DUN dan kerana beliau juga adalah adun Sungai Panjang maka adalah lebih mudah untuk memberikan khidmatnya kepada Dun Sungai Panjang  dan Dun Sekinchan yang diwakili oleh Dap.

Jika ada yang mengatakan WaibiBudiman tamak kerana merebut dua jawatan ia adalah salah. Ini kerana monopoli Dun dan MP adalah budaya yang diamalkan sekian lama oleh pembangkang terutama  Dap.

Oleh itu tidak adil mengutuk WaibiBudiman yang menjadi calon pilihan raya kecil kali ini.

Balik ke PRK Kuala Kangsar pulak, calon kali ini adalah balu kepada ahli parlimen juga ada signifikan nya. Ini bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh BN.  Ia pernah dilakukan di Sabah apabila ahli parlimen terkorban dalam kemalangan jalan raya, dan balu beliau dinamakan sebagai pengganti.

Begitu juga kes kematian Karpal Singh, anaknya yang dicadangkan oleh Dap sebagai pengganti,  jadi kenapa ada pihak mempertikaikan calon BN?