Ahad, 5 Jun 2016

AZMIN SUDAH MENILAI, PAN PERLU DIBANTU SEBAIK MUNGKIN UNTUK KEMENANGAN MUTLAK PRK SG BESAR

Azmin dipersimpangan delima, ingin ke sana salah ke sini juga salah, maka satu jawapan perlu diberikan juga, akhirnya dia tetap turun membantu Pan.

Tetapi strategi azmin ini mudah nak faham, berbaik dengan Pan, tapi dalam diam membantu juga Pas.

Dia pasti tidak mahu spikulasi berkenaan pentadbirannya yang korup dan rasuah terpalit.

Pasti juga kaitan itu tidak mahu dikaitkan dengan Pas. Sedangkan Pas yang menjadi penyelamat untuk jawatan MB yang disandang Azmin sekarang.

Azmin pening kerana serangan Rafizi terhadapnya juga memungkinkan jawatan MB yang disandangnya dalam bahaya.

PRK Sg Besar juga membuktikan, Pakatan Harapan dan Pas tidak mampu bersatu hati. Malah mereka bertelagah sehingga ada yang mengejek sama sendiri pada penamaan calon pagi tadi. Katanya Taressa kok kena 'boo' dengan penyokong Pas ketika berjalan di laluan penyokong Pas, sehingga unit Amal Pas membantu memberi laluan keluar kepadanya.

Jadi kepada pengundi Sg. Besar, relevan lagikah parti pembangkang?

#scs93 #prksgbesar#PrkSgBesar#KekalBN #InilahBudiman #BN4SGB

http://headbomb.blogspot.my/2016/06/azmin-sudah-menilai-pan-perlu-dibantu.html?m=1