Ahad, 5 Jun 2016

Kak Mas : Biarlah pengundi menilai khidmat saya #KEKALBN #PRKKUALAKANGSAR


#KEKALBN
#PRKKUALAKANGSAR
Calon Barisan Nasional (BN) di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid enggan melayan pihak yang mempertikaikan pemilihannya kerana hanya semata-mata bukan berasal dari kawasan Parlimen tersebut.

Balu kepada penyandang kerusi Kuala Kangsar Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu berkata isu sama ada calon tempatan atau bukan tidak wajar dijadikan isu kerana beliau sudah berkahwin dengan arwah suaminya selama 27 tahun dan sudah berkhidmat lama untuk masyarakat setempat.

"Saya wanita Kuala Kangsar dan telah 27 tahun berkhidmat bersama arwah suami untuk masyarakat di sini," kata Mastura pada Ahad semasa sidang media di rumahnya.

Mastura menyerahkan kepada pengundi di Kuala Kangsar untuk membuat pilihan dengan bijak dan menilai sendiri sepanjang khidmat beliau bersama arwah suaminya disitu.

"Saya berkahwin dengan orang sini dan telah bekerja bersama arwah suami, untuk masyarakat Kuala Kangsar.

"Biarlah apa orang mahu kata, masyarakat di sini lebih tahu cara kerja kami dan saya yakin serta serahkan kepada orang Kuala Kangsar untuk membuat pilihan yang bijak," kata Kak Mas




Sent from Samsung tablet.