Isnin, 6 Jun 2016

Larangan Azmin Berkempen Di PRK Sungai Besar Tindakan Pelik, Luar Tabiee #PRKSgBesar #PRKKUALAKANGSAR #KEKALBN

Walaupun secara tiba-tiba Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul pada hari penamaan calon namun bagi Yang Dipertua Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar 'arahan' Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini agar Azmin Ali tidak terlibat dengan urusan Pakatan Harapan, khususnya dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan pada 18 Jun ini pelik dan luar tabiee.


Sambil menyifatkan keadaan tersebut menggambarkan pembangkang sedang dilanda tsunami kemelut yang amat besar, beliau berkata tindakan Wan Azizah itu jelas agak tidak kena dan janggal memandangkan Azmin adalah seorang ketua pentadbir di Selangor.



"Mungkin kehadirannya semasa penamaan calon sekadar wayang politik. Hakikatnya Azmin seorang ketua pentadbir negeri malah menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR. Bila ada pilihan raya di negeri pimpinannya, dia pula tidak dibenarkan berkempen.

"Alasan Wan Azizah kononnya arahan itu bertujuan menjaga keharmonian pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang masih di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak boleh diterima sama sekali kerana lazimnya menteri besarlah yang akan mengetuai jentera atau setidak-tidaknya menjadi orang penting dalam menggerakkan kempen pilihan raya," ujarnya kepada UMNO-Online.










Sent from Samsung tablet.