Isnin, 6 Jun 2016

#KEKALBN : Fokus WaibiBudiman kepada kampung nya Sungai Besar.

Meningkatkan akses terhadap pendidikan dan tahap ekonomi penduduk, menjadi dua fokus utama calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Budiman, 44, mengakui dua faktor berkenaan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan Parlimen Sungai Besar dalam cara yang tersendiri.

Beliau berkata kawasan Parlimen itu kaya dengan pemandangan sawah padi menghijau serta suasana kampung yang menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Kita di Sungai Besar tidak memerlukan gedung membeli-belah yang besar, kita tidak mahu mengubah landskap, biarlah suasana kampung ini dikekalkan.

"Tetapi kita mahu penduduk mempunyai ilmu yang tinggi sekali gus dapat berfikir untuk menjana pendapatan daripada sumber sedia ada," katanya kepada Bernama di sini.

Sebagai contoh, katanya tanaman seperti ubi kayu dan kelapa boleh ditambah nilai dan dijadikan produk komersial untuk dipasarkan dalam dan luar negara.

Justeru, katanya bagi mencapai hasrat itu, beliau akan memastikan infrastruktur pendidikan dibangunkan dengan lebih rancak di kawasan Sungai Besar, jika BN terus diberikan mandat oleh rakyat.

Budiman berkata beliau juga berjanji akan menjadi orang tengah antara kerajaan dan rakyat dalam menyelesaikan segala permasalahan berbangkit dalam kawasan Parlimen itu.

"Saya lahir di sini, bersekolah di sini, malah uri saya juga ditanam di sini, jadi saya mampu menyelami denyut nadi orang di sini," katanya.



Sent from Samsung tablet.