Isnin, 6 Jun 2016

#PRKKUALAKANGSAR #KEKALBN : CALON PAS CALON TERBAIK?


PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar  mencetuskan senario baru dalam politik tanah air. Jika sebelum ini semua parti pembangkang yang terdiri daripada Pas, Pkr dan Dap akan mengembleng tenaga dan kekuatan mereka untuk menumbangkan UMNO Barisan Nasional.

Pada tahun 1988 Pas bergabung dengan Semengat 46 dan Dap. Selepas S46 bubar, muncul pula PKR dan sekali lagi Pas bergabung dengan Pkr dan Dap. Jadi kerjasama Pas/Dap adalah lebih lama berbanding kerjasama Pas/Pkr.

Pas berpecah selepas team Mat Sabu tewas dalam muktamar 2015 dan akibatnya ialah Mat Sabu membawa pengikutnya menubuhkan parti baru PAN.

Walaupun tak sampai setahun jagung PAN sudah berani mengembangkan sayapnya ke Sarawak dan bertanding dalam PRN baru-baru ini namun parti Pan kalah teruk.

Menurut sumber, Pas telah kehilangan 200 ribu ahli akibat penghijrahan tersebut.

Sudah 10 kali PRK telah dijalankan dalam tempoh 3 tahun sejak 2013 dan Barisan Nasional telah memenangi 5 kerusi daripada 10 kerusi dun dan parlimen.

PRK kali ini memberikan tamparan hebat kepada Pas kerana mereka terpaksa berseorangan tanpa teman lama mereka iaitu Dap.

Pas terpaksa meletakkan calon recycle untuk dua PRK.  Istilah recycle adalah sinonim dan kerap bermain dilidah pembangkang setiap kali Umno BN meletakkan calon yang pernah kalah atau calon lama.

Kali ini ayat calon recyle kembali kepada Pas kerana meletakkan calon yang pernah tewas di Dun N38 Belanja pada PRU 13  dan seorang lagi calon recycle iaitu Adun Meru.

Namun Ketua Pemuda Pas Perak menyatakan calon mereka yang pernah kalah di Belanja adalah calon pilihan terbaik buat rakyat. Jika dia calon terbaik bagaimana boleh tewas?

Oleh itu dalam Prk Kuala Kangsar, dakwaan Pas yang menyatakan calon recycle adalah pilihan terbaik untuk rakyat adalah disanggah dan ianya tidak benar sama sekali, tambahan pula dia bukan pengundi di parlimen tersebut. Jadi bagaimana dia hendak berkhidmat kepada penduduk Kuala Kangsar kerana rumahnya dan kliniknya bukan di Kuala Kangsar.

Kepada calon PAN yang mendakwa dia adalah anak tempatan, cuba lihat di mana dia mengundi?