Sabtu, 19 Ogos 2017

PEMBANGKANG BADUT POLITIK DI JOHOR




1. Tindakan Pengerusi PKR Johor memuat naik status di laman Facebooknya dengan mengeluarkan pernyataan berhubung MB Johor yg dikatakan duduk bersendirian semasa majlis pernikahan Tunku Aminah baru-baru ini menunjukkan sikap pembangkang yang bankrap isu dan cuba merenggangkan hubungan Istana dan kerajaan negeri.

2. Pihak pembangkang di negeri Johor pada ketika ini berterusan menyerang kerajaan negeri dan Istana dengan harapan mereka mampu untuk menghasut rakyat untuk menukar kerajaan negeri. Kekeringan isu untuk dimanipulasikan menyebabkan mereka mula menjadi badut politik dan menularkan bahan jenaka sehingga terserlah kedangkalan akal dan rendahnya tahap keintelektualan mereka.

3. Hassan Karim sewajarnya, sebagai seorang yang matang dalam politik, tidak terikut-ikut dan bertindak seperti cybertrooper murahan dengan mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menghina diri beliau sendiri. Cukuplah di Johor ini kita ada badut politik seperti Suhaizan Kayat, Sallehuddin Ayub dan Mahdzir Ibrahim, tidak perlulah berlumba-lumba untuk menambah nama dalam senarai tersebut.

4. Bangsa Johor yang menjunjung semangat muafakat Johor sentiasa menghormati institusi Raja. Sinergi antara Institusi Raja dan Kerajaan Negeri serta rakyat merupakan nadi utama pemangkin kepada kepesatan pembangunan Johor yang menjadi teras kepada gagasan Johor Berkemajuan. Rakyat Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan Hassan Karim tersebut yang jelas menghina protokol istana Johor.

5. Pembangkang di Johor perlu belajar menjadi pembangkang yang berkesan dan bukan mengeksploitasi isu picisan yang terbukti fitnah kerana bangsa Johor mempunyai identiti serta budaya sendiri, dan tidak mudah termakan hasutan mereka.

Sahrihan Bin Jani
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ledang