Jumaat, 18 Ogos 2017

PERMIT KEBENARAN MENYEMBELIH PUN JADI ISU OLEH PEMBANGKANG

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Maka ibadah korban menjadi topik utama.  Kesedaran Umat Islam di Malaysia tentang ibadat korban amat tinggi, berbeza dengan zaman dahulu.  Dahulu walaupun harga binatang ternakan sangat murah tetapi keupayaan dan kesedaran untuk membuat korban sangat rendah.

Kini dengan kesedaran yang tinggi dan keupayaan untuk melaksanakannya ibadah korban menyebabkan permintaan terhadap lembu atau kambing menjadi sangat tinggi.  

Ia menyebabkan segelintir penjual haiwan mengambil kesempatan menjual haiwan mereka tanpa mengambil kira tahap kesihatan dan layak untuk disembelih.  Haiwan yang boleh disembelih hanyalah 30 hari selepas diberikan suntikan.


"Orang kita ni memang suka sangat baca tajuk sahaja terus melatah, dengar apa yang tak tahu pun nak melompat, bab nak buat ibadah korban pun ada yang tak reti nak jaga mulut.. Nak pula bila pihak politik atau Kerajaan yang bagi statement apa- apa semua dia nak tembak semacam.. .. meh cheq nak habaq pasai isu nih ;


Permit sembelihan lembu dan kambing ini dah berkurun lama ada kat Jabatan dah.. memang kena ambil permit sebelum sembelih pun DAN SEBENARNYA MEMANG TIDAK BOLEH sembelih pun lembu kambing di ladang sendiri, belakang rumah, di masjid surau tanpa kebenaran pihak JPV.. ini bukan undang undang baru.. dah lama pun.. Ia hanya boleh di sembelih di rumah sembelih jabatan yang boleh kata ada di setiap negeri tapi jarang sangat yang digunakan.

Orang lebih suka sembelih di ladang sendiri... ladang yang sudah di audit dan di tauliah saja boleh sembelih dan jual daging sbb kena cop atau tag JPV dulu daging tu.. sebab depa nak pastikan daging itu dari lembu yg tidak berpenyakit bahaya kepada manusia seperti  brucella.

Jika  dimakan boleh  membahayakan kesihatan dan boleh membawa maut.  Ini adalah untuk kebaikan, akan tetapi dalam masa yang sama boleh dikatakan  Jabatan Verterinar  pejam mata sebelah bab permit sembelihan ini..

Sebab itu kita tengok di mana mana saja orang melakukan aktiviti penyembelihan lembu atau kambing ini.  Ada yang ambil permit ,tetapi  banyak yang tidak ambil peduli urusan permit.

Pernah juga ditanya hal ini kepada Jabatan, maka jawapannya agak rasional juga.. bidang penternakan ruminan ini masih jauh ketinggalan. Kalau kita kuat kuasakan undang tersebut seratus peratus akan menyebabkan kesusahan yang sangat besar kepada penternak.

Jadi mereka yang educated sahaja yang lebih dan cuba menggalakkan penternak sembelih kat rumah sembelih Jabatan..


Kalau di negara maju seperti Australia, memang sangat straight atau ketat  bab sembelih tanpa kebenaran ini, Pesalah akan didenda ratus ribu dollar, ada yang kesalahannya menyebabkan dihukum penjara.

Sebab itu lah mereka maju dalam industri penternakan ini. Oleh kerana rakyat akur dan mematuhi procedur yang ditetapkan,  kerajaan pun tidak peduli apa rakyat atau penternak akan kata demi kepentingan masa depan.
Bayaran RM35 nampak macam mahal, harga sekor lembu pun mahal.  Lembu korban seekor paling murah pun sudah mencecah RM3800 ke RM5000 lebih dah (bab harga lembu dan kambing ni dah jenuh tulis dah sebelum ini)..

Biasanya bayaran permit yang dikenakan ialah RM10 saja seekor di negeri lain tetapi di Johor harganya RM35. Memang agak mahal berbanding negeri lain, tetapi katanya perkhidmatan ini akan termasuk khidmat memeriksa setiap ekor lembu korban tersebut..

Cadangan tu memang baik. Hari ini banyak sangat kes masjid dan surau  buat korban lembu tak cukup umur, lembu berpenyakit, lembu curi dan lembu seludup pun ada.

Lembu yang tak cukup syarat boleh dikenal pasti dengan pemeriksaan ini supaya ibadah korban lebih bermakna.  Ini masalah yang mana kebanyakan orang kita tak dapat kenal pasti, hanya mereka yang mahir sahaja mengetahui masalah ini..

Perkara inilah yang dicuba buat oleh jabatan verterinar supaya hak pengguna dipelihara dan tidak membahayakan nyawa 

Sekarang ini banyak sangat  isu bersabit dengan lembu ini,  benda sudah mahal sememangnya asal ada 4 kaki harganya memang mahal.
Justeru, dengan  implementasi kaedah ini sebenarnya banyak kebaikan kepada semua pihak,  namun begitu, seumur hidup saya tak pernah lagi nampak ada orang dikenakan denda kerana tak ambil permit sembelih lembu korban.

Undang undang tersebut tidak begitu dikuasakan terutama waktu raya korban.. bagi muka lagi dan terus mendidik org kita..

YB tu bagi peringatan dan awareness saja rasanya.. bagus lah bagi orang tahu juga.. tapi demi kebaikan org awam saya rasa ia mmg perlu ada kesedaran dlm hal ini.. adios nak pi ladang , bz musim korban ni wehhh.. NORDIN MAT GTR





BERIKUT ADALAH KENYATAAN DARI JABATAN VETERINAR . PROSEDUR INI TELAH LAMA DISEDIAKAN OLEH KEMENTERIAN


Kawalan Penyembelihan merupakan salah satu dari mekanisme dalam kawalan penyakit yang penting. Penyakit haiwan akan mempunyai risiko untuk merebak ketika pemindahan ternakan bagi tujuan disembelih atau melalui pengedaran daging dan otal serta melalui pengurusan sisa dalam proses penyembelihan. Kawalan penyembelihan juga penting dalam perkhidmatan kesihatan awam Veterinar. Penyakit yang terdapat dalam ternakan sembelihan mungkin zoonotik yang boleh menjangkiti manusia. Maka kawalan keselamatan dan kualiti makanan yang berasaskan haiwan mesti bermula dari ladang dan sepanjang rantaiannya sehinggalah ke meja makan. Kawalan penyembelihan juga digunakan dalam keadaan tertentu dalam konservasi ternakan.

Oleh yang demikian ternakan yang akan disembelih perlu disahkan sihat dan bebas dari residu drug Veterinar atau sebarang kimia melalui pemeriksaan kesihatan fizikal atau rekod kesihatan oleh pihak berkuasa Veterinar yang kompeten. Sebelum disembelih ternakan perlu menjalani proses ante-mortem dan setelah disembelih, karkasnya perlu melepasi proses pemeriksaan daging, sebelum dibenarkan untuk dijadikan makanan.

Demi memastikan terdapat pematuhan kepada keperluan diatas, penyembelihan ternakan hendaklah dengan Kebenaran sembelih dan disertai prosedur antemortem dan pemeriksaan daging oleh pihak berkuasa Veterinar. Maka Arahan Prosedur Tetap Veterinar Malaysia (APTVM) - Kebenaran sembelih ini akan digunakan sebagai panduan kepada semua anggota Jabatan dalam memberi perkhidmatan dan mengurus penyembelihan ternakan. Dengan ini diharapkan penularan penyakit berjangkit dapat dibendung demi menjamin keselamatan serta kualiti produk haiwan di sepanjang rantaian dari ladang hingga ke meja makan.

DATO .DR. AZIZ BIN JAMALUDDIN

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN VETERINAR MALAYSIA (KLIK DI SINI)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan