Ahad, 22 Oktober 2017

MB PAHANG SANGGAH FITNAH MAHATHIR











Menteri Besar Pahang menafikan bahawa projek Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) yang telah berjaya mengumpulkan nilai pelaburan RM19 bilion sehingga akhir tahun lalu meminggirkan penduduk setempat termasuk tawaran peluang pekerjaan.

Datuk Seri Adnan Yaakob berkata dakwaan mengatakan pemohon kerja wajib mengetahui bahasa Mandarin adalah tidak benar tetapi sebaliknya ianya hanya sebagai syarat tambahan yang memberi kelebihan kepada pemohon.

Beliau mengakui memang terdapat ramai tenaga kerja mahir dalam kalangan warga China di MCKIP di peringkat awal pembinaan. Tapak pembinaan yang sangat luas itu kini dikatakan sedang beroperasi 24 jam dan dibina oleh 3 pasukan yang menjalankan 3 syif. Walau bagaimana pun sudah tentu syarikat di situ memerlukan orang tempatan yang memiliki kelebihan bahasa mereka untuk menjadi orang tengah atau penghubung dengan warga tempatan yang berbahasa melayu.

“Setelah disemak rupanya ia hanya syarat tambahan dan orang Melayu, India dan Cina boleh memohon kerja di tempat berkenaan, jika tahu bahasa Mandarin sebagai satu kelebihan...bukan wajib,” katanya ketika mengulas kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa projek berkenaan gagal memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Literasi Statistik Bersama Komuniti ‘MyCencus 2020’ Teras Masa Depan Negara anjuran Jabatan Perangkaan Negara, di sini hari ini.

Berdasarkan tinjauan awal yang kami lakukan, projek terbabit turut membuka peluang kepada pembekal-pembekal tempatan untuk membekalkan bahan binaan dan pengangkutan di tapak binaan. Lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat tempatan dijangka akan wujud apabila tapak tersebut mula beroperasi kelak