Sabtu, 18 November 2017

Mukhriz Cuba Jadi Populis Secara Songsang



Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri dan Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir seperti berada dalam alam mimpi yang indah dan lupa akan realiti yang sebenar.

Beliau mahu kerajaan mengembalikan subsidi terhadap bahanapi Ron 95 dan diesel yang telah dimansuhkan mulai 1 Disember 2014 oleh KPDNKK.

Penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember 2014 bergantung pada harga purata pasaran minyak dunia sepanjang November. Dengan kata lain harga minyak dunia bulan November akan menentukan harga minyak untuk bulan Disember.
Ada subsidi kah atau tak ada subsidi kah harga Ron 95 tidak banyak bezanya bagi pengguna, contohnya pada November 2014 harga termasuk subsidi ialah RM2.30. Selepas subsidi dimansuhkan Ron 95 pernah turun sehingga RM1.91 pada 22 Jun 2017. Lebih baik daripada zaman bersubsidi.

Jadi , gesaan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir supaya kerajaan mengembalikan subsidi petrol di negara ini, tidak lebih daripada percubaannya untuk menjadi populis secara songsang.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mendakwa tindakan Mukhriz yang menabur maklumat separa benar berhubung perkara itu menunjukkan yang beliau cuba bermain politik di peringkat ‘kedai kopi’.

“Cadangan itu yang dikemukakan tanpa memberi jalan keluar konkrit terhadap masalah sebenar boleh diibaratkan sebagain tindakan politik tidak bertanggung jawab.

“Hakikatnya sehingga kini beliau masih belum memberi penjelasan dan penyelesaian mengenai kehilangan RM40 bilion pendapatan negara akibat penurunan harga minyak dunia selain gagal memberi jawapan sama ada perbelanjaan berhemah yang dilaksanakan mampu menangani situasi ekonomi dunia yang berada di luar kawalan kita?” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam laporan akhbar hari ini, Mukhriz mendakwa kerajaan masih boleh mengekalkan subsidi petrol dan diesel sekiranya mengamalkan pengurusan kewangan berhemah tanpa perlu merujuk kepada harga minyak dunia.

Tanpa memberi sebarang cara penyelesaian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu mendakwa sepatutnya ada kaedah yang membolehkan subsidi minyak dikekalkan demi kesejahteraan rakyat tanpa perlu melakukan mekanisme harga minyak mingguan.

Mengulas lanjut Shaiful Hazizy berkata, tindakan kerajaan menstruktur kembali subsidi dengan memulangkan sejumlah penjimatan tersebut kepada golongan sasar adalah pendekatan terbaik dan lebih berpandangan jauh.

“Apabila Mukhriz menuduh kerajaan tidak mengamalkan perbelanjaan berhemah, beliau kelihatan seolah-olah tidak mempunyai tanggung jawab politik. Perlu diingat, negara ini paling banyak berhutang pada zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

“Di zaman itu, hutang negara setinggi 106 peratus daripada pendapatan kasar berbanding cuma 52.5 peratus pada masa ini. Maka jelas, kerajaan hari ini mengamalkan tanggung jawab politik lebih tinggi apabila berusaha menurunkan defisit selain sentiasa mengkaji keperluan subsidi tertentu,” katanya.

Hari ini pinjaman kerajaan sebahagian besar adalah pinjaman dalam negeri dan hanya 4 peratus sahaja adalah pinjaman dari luar negara.

Sebagai bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Mukhriz haruslah berfikiran bijak dalam memberi kenyataan dan bukannya semberono yang akan memalukan diri sendiri.


Pada tahun 2013 ayahnya Mukhriz sendiri memuji perkembangan dan kemajuan ekonomi di bawah pimpinan YAB DS Najib Razak melalui sidang media nya