Khamis, 11 Januari 2018

Kontroversi projek terowong Pulau Pinang

At that time of award of the controversial RM6.34 billion Penang Tunnel project, the Penang Govt had issued a statement on 4th March 2013, denying that the SPV company awarded the project was under-capitalized to deliver such a mega-project. 

They claimed that the SPV had a collective paid-up capital of RM4.6 billion and included giant China Govt owned construction companies as shareholders.

Fast-forward today - or 5 years later where the SPV company had yet to complete the RM305mil reports and has yet to start any construction work, the shareholders have seen a big change.

The China companies are no-where to be seen. In their place is a listed company called Voir, which is more famous for its fashion labels.

38.9% of its shares are also owned under nominees held by Kenanga Nominees.

The total paid-up company of its shareholders are now RM70mil instead of RM4.6 billion.

Did the Penang Govt lie to the rakyat in March 2013 at the time of award and has done a sneaky "bait and switch" on the people?

Given this very material change, would this have broken the agreement or voided the RFP process which would require the project to be cancelled? 

And why has the project not been cancelled given the slow progress of the project and great doubts on the financial and technical capabilities of the current SPV to deliver the project?

This is yet another concern about this Penang project which I am sure the investigators are looking at.

----
Kenyataan Akhbar Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato Farizan bin Darus dan Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Haji Mokhtar bin Mohd Jait di Komtar, George Town Pada 4.3.2012.

Tidak Benar Sama Sekali Bahawa Projek RM6.3 Bilion Akan Dijalankan Oleh Syarikat RM2 Bila Sebenarnya Modal Berbayar Keseluruhan Adalah Sebanyak RM 4,549.2 Juta.

Sebagai Pengerusi Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang serta Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan masing-masing, kami rasa kesal bahawa proses pemilihan tender yang dijalankan secara terbuka dan telus untuk 3 lebuhraya utama daripada Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, Bandar Baru Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) Persiaran Gurney ke Lebuhraya LCE  dan sebuah terowong bawah dasar laut daripada Persiaran Gurney dan Bagan Ajam telahpun dipersoalkan oleh pihak tertentu. 
 
Kos projek ini dianggarkan oleh kerajaan sebanyak RM8 bilion.  Akan tetapi selepas proses tender terbuka secara kompetitif dijalankan sejak 14.11.2011, surat niat telah dikeluarkan pada 6.2.2013 dengan harga lebih rendah iaitu sebanyak RM6.3 bilion, yang terendah di antara semua pembida yang diterima.  Projek ini agak tersendiri dan unik kerana kos RM6.3 bilion dibiayai bukan dengan bayaran wang tunai tetapi menerusi "land swap" sebanyak 110 ekar di tanah tebus guna di Tanjung Pinang.

Memandangkan bayaran dibuat menerusi "land swap" dan bukan secara bayaran wang tunai, maka adalah perlu kontraktor berpakaran bekerjasama dengan pemaju. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd adalah sebuah special purpose vehicle (SPV) yang merupakan konsortium usahasama di antara syarikat kontraktor berpakaran dengan pemaju seperti berikut:-
 
Zenith Construction Sdn Bhd bersama China Railway Construction Corporation Ltd sebanyak 70% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.5 juta dan RM 4 bilion masing-masing;

Beijing Urban Construction Group 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 541 juta;

Sri Tinggi Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 3.7 juta; dan

Juteras Sdn Bhd 10% ekuiti dengan modal berbayar sebanyak RM 1 juta.

Keseluruhan modal berbayar keempat-empat syarikat adalah RM4,549.2 juta yang memenuhi kriteria kerajaan negeri yang meletakkan modal berbayar minima RM381 juta. Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd mempunyai modal berbayar RM2 kerana ditubuhkan khas untuk ini (SPV). Sekiranya tidak berjaya dalam tender maka syarikat ini akan dibubarkan.   Sebaliknya bila berjaya maka setiap rakan kongsi atau pemilik saham mestilah menandatangani surat penerimaan secara langsung dengan kerajaan negeri.
 
Surat niat atau "letter of intent" dikeluarkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd pada 6.2.2013 dan kesemua pemilik saham secara berasingan juga menandatangani surat  penerimaan.  Dengan kata lain bukan hanya sepucuk surat penerimaan tetapi terdapat 4 lagi (5 kesemuanya) surat penerimaan untuk memastikan ia dijalankan oleh syarikat induk masing-masing dan bukannya hanya dengan Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd.

Oleh itu adalah tidak benar sama sekali bahawa projek RM6.3 bilion akan dijalankan oleh syarikat RM2, bila sebenarnya modal berbayar keseluruhan untuk keempat-empat syarikat yang jalankan projek ini adalah sebanyak RM4,549.2 juta.
 
Apabila kontrak formal dimuktamadkan iaitu selepas perbincangan butiran lanjut pada beberapa bulan lagi, semua syarikat rakan kongsi diperlukan untuk menandatangani surat perjanjian untuk memastikan projek ini dijalankan oleh syarikat induk yang berprestij. Perlu ditegaskan bahawa China Railway Construction Corporation Ltd dan Beijing Urban Construction Group adalah syarikat pembinaan gergasi di Negara China yang telah menjalankan projek besar keretapi, terowong dan juga Stadium Olimpik "Bird Nest" di Beijing. 

Sebagai rumusan, proses penilaian teknikal dan pemilihan tender dijalankan secara profesional oleh jawatankuasa yang dipengerusikan masing-masing oleh Pegawai Kewangan Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak melibatkan YAB Ketua Menteri.  EXCO negeri hanya merestui syor bahawa tender dikeluarkan kepada Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd yang dibuat semasa ia dibentangkan kepada mesyuarat EXCO pada 30.1.2013.
 

 
Dato' Farizan bin Darus
Pengerusi Lembaga Perolehan Negeri Pulau Pinang
 
Dato' Mokhtar bin Mohd Jait
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan