Ahad, 18 Mac 2018

MASALAH AIR DI SELANGOR MELERET KE PAHANG?



Masalah air yang melanda negeri Selangor sudah pun selesai selepas 6 hari penduduk negeri di bawah pimpinan Azmin Ali yang bongkak dan keras kepala hidup sengsara tahap gaban.

Mana tidak nya, Mereka yang tinggal di pangsapuri terpaksa hidup tanpa air untuk makan minum, mandi dan bersuci. Mereka juga terpaksa berbaris untuk mendapatkan bekalan air yang diangkut menggunakan lori.

Masalah ketiadaan air bagi penduduk yang tinggal di pangsapuri tidak sama seperti penduduk Kampung New Zealand di Pahang kerana mereka tak perlu mengangkut air ke tingkat 15 atau yang lebih tinggi.

Orang Kampung New Zealand sebelum ini hidup dengan air perigi dan sungai , kemasukan air terawat adalah inisiatif kerajaan untuk membolehkan orang kampung menikmati kemudahan air terawat seperti kehidupan orang bandar.

Satu lagi ialah pihak yang membekalkan air sudah tentu akan mahukan keuntungan maka mereka menawarkan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar.

Bagaimanapun kalaukita masuk ke kampung kampung tradisi, kita akan dapati penduduk masih lagi mengekalkan telaga yang digali puluhan atau ratusan tahun oleh datuk nenek mereka untuk kegunaan penduduk.

Kini masalah air di Selangor susah selesai dan sudah pasti kita berharap pihak kerajaan Selangor dapat membayar ganti rugi atau sagu hati kepada pengguna domestik dan industri yang terjejas teruk akibat ketiadaan air.

Krisis air di Selangor mendapat komen ahli politik PH yang menyatakan Selangor kini dalam keadaan darurat, namun menteri besarnya masih keras kepala yang menyatakan dalam dewan rakyat bahawa masalah air di Selangor tidak kritial.

Paling melucukan ialah puak-puak PKR turut mendedahkan masalah air yang melanda penduduk  di Pahang seperti dalam video di atas.

Malangnya video tersebut adalah bahan kempen politik Pas semasa kempen PRU 13 di Kampung New Zealand Maran Pahang.

Masalah air di Felda tersebut telah pun selesai dengan pembinaan tangki air yang baru.





BERIKUT ADALAH PETIKAN DARIPADA AKHBAR SINAR HARIAN PAHANG



Semua pihak diminta tidak mempolitikkan isu gangguan bekalan air di sekitar Felda New Zealand memandangkan masalah itu sudah diberi perhatian serius oleh Felda dan Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip).

Adun Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi berkata, masalah yang dialami 5,000 penduduk itu bakal berakhir sebaik kerja pemasangan paip baru untuk penyaluran bekalan air bersih dari Loji Air Pekan Tajau ke Loji Air Kampung New Zealand siap menjelang Mei 2014.

Menurutnya, gangguan bekalan air berlaku apabila permintaan dan keperluan air tinggi sehingga melebihi tahap maksimum di Loji Air Kampung New Zealand.

“Sememangnya perkara ini sudah lama berlarutan, namun diharap semua faham ia tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat kerana melibatkan paip bawah tanah yang sudah berusia.

"Paip lama ini tidak mampu menampung kekuatan tekanan tinggi bagi memenuhi keperluan penduduk, maka perlu diganti baru sepenuhnya dan sudah pasti ia memerlukan kos yang tinggi dan tempoh masa tertentu.

“Jadi saya harap jangan politikkan isu ini kerana kerajaan dan Felda tidak pernah mengetepikan masalah tersebut, malah sebelum ini juga beberapa tindakan jangka pendek sentiasa diambil,” katanya.

Nurhidayah berkata, di bawah projek Felda, sejumlah peruntukan disalurkan untuk kerja pemasangan paip bersaiz 350 milimeter daripada jenis besi keluli sepanjang 15 kilometer dari Loji Air Pekan Tajau ke Loji Air Kampung New Zealand.

Menurutnya, ketika ini, Loji Air Kampung New Zealand berfungsi merawat untuk bekalan air bersih, tetapi selepas kerja pemasangan paip siap, ia bertukar fungsi sebagai pam penggalak untuk penyaluran air ke rumah penduduk.

Katanya, pelantikan kontraktor bagi projek berkenaan telah dilakukan dan kerja berkaitan sudah dimulakan.