Selasa, 13 Mac 2018

PRU 14 ADALAH PALING KOTOR - MAHATHIR




RAKYAT Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah negara dan mungkin di dunia tidak lama lagi, dakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, hal ini kerana Perdana Menteri Najib Razak kini telah mempersiapkan taktik untuk memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara dalam apa jua cara.

"Jadi cara Najib nak menang – senarai pengundi sudah diubah. Macam-macam dilakukan supaya ia tidak lagi mencerminkan senarai asal pengundi.

"Keduanya, Najib sudah ubah sempadan semula kawasan untuk dia menang – calon tertentu tak dapat bertanding termasuk Rafizi (ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli)," katanya.

Antara taktik lain yang disebutkan pengerusi Bersatu itu adalah dengan menyebabkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak meluluskan pendaftaran PH.

Bekas perdana menteri itu berkata, Putrajaya kemungkinan besar membatalkan kelulusan partinya, Bersatu dengan harapan Najib bakal menang besar dalam PRU14 nanti.

"Ini menunjukkan penipuan sedang berlaku. Dia menjadi PRU yang terkotor dalam sejarah Malaysia dan mungkin dalam sejarah dunia.

"Ini akan berlaku tapi pihak kami akan teruskan persiapan untuk hadapi PRU ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersiap sedia dengan membuat perancangan awal untuk berhadapan dengan taktik tersebut.


Tambahnya, tindakan RoS yang masih tidak meluluskan pendaftaran parti Bersatu menunjukkan Najib sangat gentar dengan parti itu. – 13 Mac, 2018.


NOTA LUTUT

Apa punya bengong Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun mengeluarkan kenyataan paling bodoh sedemikian rupa.

Mahathir berkata beliau mula menceburi politik sejak tahun 1946 sepatutnya beliau lebih arif dengan politik zaman British, zaman Jepun, Zaman komunis bintang 3 dan zaman pasca merdeka.

Sejak pilihan raya yang pertama pada tahun 1955 hinggalah pilihan raya ke 13 Mahathir sudah boleh menganalisa parti politik manakah yang paling buruk cara mereka berkempen.

Jika dahulu kita hanya ada Pas dan Dap sahaja tetapi selepas Mahathir sendiri menghuru-harakan Umno maka makin bertambah musuh BN iaitu Semangat 46 ( telah dibubarkan) PKR dan terkini Mahathir sendiri mengetuai pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional.

Tidak kah Mahathir merasa insaf dan bersalah kerana mengkhianati parti yang telah mempertahankan kedudukan Mahathir selama 22 tahun daripada ditumbangkan oleh Dap, Pas dan Pkr.

Umno dan Barisan Nasional berjaya memerintah sejak 1955 kerana rakyat terutamanya bangsa Melayu memperjuangkan dan mempertahankan ketuanan Melayu. Rakyat memberi mandat kepada BN untuk mentadbir dan menguruskan negara. 

Malu lah sikit wahai Mahathir. 22 tahun menjadi perdana menteri dan anak cucu kaya raya , harta makan tak habis makan 7 keturunan.

Andainya benar PRU 14 adalah paling buruk maka yang buruk itu adalah datangnya daripada Pakatan Harapan yang dipenuhi dengan ideologi pluralisma dalam beragama dan kebebasan LGBT, 

Lihat sahaja persidangan dewan rakyat yang baru dua hari berjalan, khalayak dapat melihat dengan jelas bagaimana pembangkang terutama Dap membahaskan usul titah Agong. Sebagai bangsa melayu, sakit hati apabila mendengar penghujahan pembangkang terutama dari puak kafir harbi dari Dap dan Pkr. 

Adakah Mahathir sudah hilang akal dengan mengiyakan hujah mereka? Jika ya, Mahathir adalah manusia paling kotor dan paling busuk hati , Tidak hairanlah dahulu beliau digelar sebagai manusia fasik, munafik, bapa penyamun, mahafiraun dan mahzalim.

Bertaubatlah Mahathir.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan