Isnin, 30 April 2018

Calon Pan N16 Kamunting berjaya tembusi Masjid Kampung Expo Kamunting.


Masjid Kampung Expo Kamunting memang terkenal kerana kuat dengan aktiviti-aktiviti parti politik Pas sejak berlakunya rampasan kuasa pada tahun 2000, sewaktu itu Masjid masih lagi di bangunan lama yang dikenali sebagai Surau Diri Jumaat.

Isu masjid ini telah banyak kali diceritakan dalam blog ini sebelum sebelum ini.

Sejak wujudnya parti PAN, kelompok Ahli Jawatan Kuasa PAS yang memonopoli pentadbiran masjid ini telah terpecah kepada dua pihak, satu kelompok Pas dan satu kelompok Pan.

Mac 2018 lalu, semasa mesyuarat agung masjid tahunan, sekali lagi berlaku desakan ahli yang hadir mesyuarat mendesak untuk diadakan pemilihan semula pemilihan jawatankuasa masjid dan cadangan atau usul tergempar itu mendapat sokongan sebulat suara.  Setelah pemilihan dilakukan maka tersingkirlah semua AJK yang pro PAN dan naik lah mereka yang memihak kepada PAS.

Akan tetapi pemilihan tersebut adalah tidak sah kerana lantikan jawatankuasa lama masih sah sehingga tahun 2019.

Maka pihak PAN yang menguasainya masih sah dan perlantikan baru menjadi bahan gurauan kerana tidak menepati kehendak enakmen Majlis Agama Islam Perak.

Oleh yang demikian maka calon Pan dengan penuh yakin dapat menyampaikan ceramah di mimbar masjid tersebut.

Ustaz Manolito (kiri) adalah pengerusi baru yang dipilih Mac lalu tetapi tidak sah dan Penghulu Azam  masih kekal sehingga 2019