Ahad, 29 April 2018

Kempen Calon BN DUN Senggarang

*JASA UPDATE*
_29 April 2018_

1. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi 'turun padang' membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Zaidi Japar di Sungai Suloh, di sini.

2. Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, beliau menghubungi Zaidi yang juga Timbalannya malam tadi untuk memaklumkan akan mula berkempen di Senggarang pada hari ini.

3. Beliau menyifatkan Zaidi yang sudah bersama-samanya sejak lima tahun lalu merupakan calon yang sesuai berdasarkan gerak kerjanya yang mantap dan banyak memberi idea baharu kepada parti serta sebagai seorang yang mudah didampingi pada bila-bila masa.

 _"Pendirian saya adalah 'moving forward', anak-anak dan isteri saya juga gembira dengan keputusan itu, sebab itu pada hari ini kita nak pastikan gerak kerja bagi memberi kemenangan besar kepada Zaidi dan BN di kawasan ini"_

_"Pengundi tak perlu ragu-ragu, bimbang dan khuatir apakah tuan-tuan akan dapat seorang wakil rakyat yang bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat kerana saya cukup yakin kalau pilih beliau sebagai wakil rakyat banyak perubahan boleh dibuat di Senggarang," katanya ketika berucap di sini, sebentar tadi._

4. Mohd. Puad meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah Jasa pada Rabu lalu dipercayai ada kaitan dengan namanya yang tidak disenaraikan BN sebagai calon bagi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

5. Sementara itu, beliau turut mendedahkan, borang penamaan calon untuk bertanding atas tiket bebas juga telah diisi termasuk memiliki pencadang dan penyokongnya, namun hasrat tersebut tidak diteruskan setelah menerima nasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika menghadap baginda.

_"Nasib baik saya tak jadi berlawan dengan beliau (Zaidi), bila tengok nama untuk calon DUN Senggarang, Zaidi Bin Japar. Saya dah isi borang tapi kita merancang, Allah merancang, tetapi Allah sebaik-baik perancang," katanya._