Isnin, 24 September 2018

GST cukai yang membebankan rakyat.

Kerana GST Rakyat tolak Ds Najib, kini cukai lama akan diguna pakai oleh pemerintah baru melalui SST sehingga 20%

Sebuah kilang mengeluarkan sebuah barang bernilai RM 700. Kemudian, dikenakan cukai 10%. Jadi, harga barang yang perlu dibayar oleh pemborong ialah RM 770.

Kemudian, pemborong akan margin 20% keuntungan atas nilai RM 770 tersebut. Maka, harga yang perlu dibayar oleh peruncit ialah RM 924.

Kemudian, peruncit akan menjual kepada pengguna pada harga margin 20%, maka ia akan menjadi RM 1108.80

Dalam sistem SST, cukai yang dikutip oleh kerajaan cuma RM 70 dan pengguna perlu bayar harga yang di dalamnya terdapat cukai bertindih. Kerajaan rugi, pengguna pun terbeban.

Sekarang kita lihat pula harga barang ikut sistem GST:

Kilang mengeluarkan sejenis barang bernilai RM 700. Kemudian, dikenakan cukai 6%. Jadi, harga barang yang perlu dibayar oleh pemborong ialah RM 742.

Kemudian, pemborong akan margin 20% keuntungan atas nilai RM 700 tersebut. Maka, harga jualan pemborong kepada peruncit akan menjadi RM 840. Cukai yang dikenakan ialah RM 50.40(6% × 840)

Oleh kerana dalam sistem GST, cukai input boleh dituntut, maka di sini pemborong akan offset cukai output dan input.

Jadi, jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pemborong ialah RM 8.40 (50.40 - 42)

Kemudian, peruncit pun membeli daripada pemborong dengan harga RM 840.

Kemudian, menjual kepada pengguna dengan margin 20% iaitu pada harga RM 1008. Tambah cukai 6% (RM 60.48), maka harga akhir akan jadi RM 1068.48

Cukai yang dibayar oleh peruncit ialah RM 10.08 (60.48 - 50.40)

Kesimpulan:

RM 1108.80 (SST)
- RM 1068.48 (GST)
_________
RM 40.32 


Sebab itu banyak negara-negara yang sedang membangun maju telah menghapuskan SST dan digantikan dengan GST.

# *PM Malaysia Moyang Tua Bangka*