Selasa, 28 April 2020

☓avier Justo

Oleh : Najib Razak

Xavier Justo ini warga Switzerland.

Dia pernah diambil oleh kawannya untuk bekerja sebagai seorang pengarah di syarikat PetroSaudi yang pernah ada usaha sama dengan 1MDB dari tahun 2009 hingga 2011.

Syarikat PetroSaudi dimilik oleh putera Turki bin Abdullah Al Saud iaitu putera ke-7 kepada Almarhum Raja Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud.

Dari tahun 2013 hingga Raja Abdullah mangkat, Putera Turki pernah menjadi Timbalan Gabenor dan kemudiannya menjadi Gabenor wilayah Riyadh, Arab Saudi.

Namun, Justo telah dipecat oleh kawannya dari syarikat PetroSaudi atas sebab-sebab peribadi.

Justo tak puas hati kerana dipecat. Semasa dia dipecat, dia curi seluruh database email syarikat PetroSaudi untuk memeras ugut firma itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, kawannya enggan untuk membayar ugutan itu.

Kemudiannya, Justo berpindah ke negara Thailand.

Di sana, dia sekali lagi memeras ugut kawannya bahwa jika PetroSaudi enggan bayar dia akan jual seluruh database yang dia curi itu kepada pihak ketiga (yang melibatkan Tony Pua, Clare Brown dan pemilik The Edge).

Sekali lagi, Petrosaudi enggan membayar dan memfailkan aduan kepada pihak berkuasa Thailand.

Oleh kerana Justo melakukan peras ugut dan cubaan menjual data yang dicuri semasa dia telah menginap di negara Thailand masa itu, Justo telah ditangkap, dibicara dan dipenjarakan di sana pada tahun 2015 berdasarkan mesej Whatsapp dan emel ugutan cubaan menjual barangan curi.

Tetapi, database email sebanyak 230,000 email sudahpun dihantar kepada Clare Brown dan pihak PH sebelum dia dipenjarakan.

Selepas bertemu dengan PM ke-4 pada Januari 2015, Clare Brown pula  mula menggunakan beberapa dari 230,000 email untuk membuat pelbagai tuduan berat sebelah terhadap saya dan 1MDB kononnya saya bersubahat dengan PetroSaudi dan Jho Low untuk mencuri wang 1MDB yang telah dibayar kepada PetroSaudi.

Pada 22 Jun 2015, Justo ditangkap di rumahnya di pulau Koh Samui, Thailand selepas para pegawai PetroSaudi memfailkan aduan bahawa beliau cuba memeras ugut firma itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen yang dicuri daripada syarikat berkenaan.

Setelah dipenjarakan lebih setahun, Justo telah dimaafkan oleh Raja Thailand baru yang naik tahkta bersama 150,000 lagi orang banduan pada Disember 2016.

https://www.reuters.com/article/us-malaysia-scandal-justo-idUSKBN1490JA

Selepas PH menang dalam PRU14, Justo terus berpindah ke Malaysia dan telah dijulang sebagai hero dan diberi beberapa kehormatan oleh kerajaan PH.

Semasa saya ditahan semalam dan didakwa oleh kerajaan PH, Justo meluahkan rasa gembira serta berjanji akan menjadi saksi penting dalam perbicaraan kes-kes saya.

Najib ditahan: 'Detik bahagia' buat Justo

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/354315/najib-ditahan-detik-bahagia-buat-justo

Pada masa itu, propaganda PH cuba memberi gambaran bahawa email-email yang dicuri Justo bersama kenyataan saksi Justo adalah bukti paling kukuh untuk menyumbat saya ke dalam mahkamah. 

Justo juga dibayar RM8 juta oleh pemilik The Edge masa itu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/justo-dibayar-rm8-juta-oleh-pemilik-edge-197517

Bagaimanapun apabila kes sampai ke mahkamah, satu keping dari 230,000 email bersama 17,000 dokumen yang dicuri Justo pun tidak digunakan oleh pihak pendakwa raya sebagai bukti mahkamah terhadap saya.

Justo juga tidak dipanggil sebagai saksi pendakwa raya.

Kenapa?

Kerana email-email tersebut tiada sebarang bukti yang menunjukkan saya bersalah. 

Sebaliknya, email-email dicuri Justo boleh membuktikan saya tidak terlibat dalam sebarang penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku.

The Edge pernah memuat naik email yang menunjukkan bahawa pengurusan PetroSaudi bersama Jho Low berpakat untuk menyorok maklumat dari saya.

"As an email between Mahony and Obaid reveals, they were exchanging ideas on how to explain the situation to Najib. It was decided that they would hide from him the fact that 1MDB would have to take a US$500 million loss. Instead, they would impress upon Najib how important it was for 1MDB to quickly invest another US$500 million with them."

Cover Story: How PetroSaudi executives plotted what to tell Najib

https://www.theedgemarkets.com/article/cover-story-how-petrosaudi-executives-plotted-what-tell-najib

Sebab itu, peguam pembelaan saya memohon kepada mahkamah untuk memeriksa semua emel-emel yang dicuri Justo dan diserahkan kepada pihak berkuasa sejak beberapa tahun yang lalu.

Tetapi pihak pendakwa raya membantah permohonan kita atas sebab email-email Justo itu dengan alasan email-email itu adalah rahsia SPRM, tidak boleh disahkan kesahihan dan tidak patut digunakan sebagai bukti mahkamah.

Akhirnya selepas beberapa hari berbicara, hakim bersetuju untuk mengarahkan SPRM memberi salinan email-email tersebut yang disimpan dalam bentuk thumb drive kepada pihak pembelaan pada akhir Disember tahun lepas.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/12/638326/mahkamah-benar-najib-dapatkan-dokumen-justo

(Tetapi pihak pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan masa satu bulan untuk hantar thumb drive itu kepada kita kerana pegawai yang simpan email-email itu cuti akhir tahun)

Akhirnya kita menerima thumb drive itu pada akhir bulan Januari dan pihak pembelaan saya sudahpun meneliti banyak dokumen-dokumen yang boleh digunakan apabila kes 1MDB saya bersambung selepas PKP.

Seperti rakaman audio perbualan telefon saya yang didedahkan SPRM (yang juga dibantah pendakwa raya untuk digunakan sebagai bukti mahkamah perbicaraan saya), email-email dicuri Justo bakal digunakan sebagai bukti mahkamah yang menunjukkan saya tidak bersalah.

Sebenarnya, Justo pernah ditanya secara spesifik pada tahun 2018 apakah bukti kukuh dalam email yang dia curi itu yang menunjukkan Najib bersalah.

Ini jawapannya:

"Katanya, biarpun dalam dokumen diterima menerusi e-mel itu tidak memaklumkan secara nyata peranan Najib, ia jelas menunjukkan bekas Perdana Menteri itu tahu mengenai penyelewengan yang berlaku."

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/492926/nama-najib-disebut-dalam-dokumen-petrosaudi-justo

Tahun lepas pula, pihak berkuasa Switzerland telah memaklumkan mereka sedang menyiasat Justo atas dakwaan pengintipan ekonomi.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/134060

Dan akhirnya, Justo telah melarikan diri dari Malaysia sebaik sahaja rejim Gagalkrasi PH tumbang.

https://www.malaysia-today.net/2020/03/06/xavier-andre-justo-cabut-lari-dari-malaysia-risau-keselamatan-keluarga/