Khamis, 5 Jun 2008

HALA TUJU UMNO?

05 Jun, 2008 14:50 PM

MT Umno Berkumpul Di Shah Alam Bincang Hala Tuju Pulihkan Parti

SHAH ALAM, 5 Jun (Bernama) -- Retreat Majlis Tertinggi Umno selama dua hari bermula di sini hari ini bagi membincangkan hala tuju parti selain merangka strategi untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu yang merosot dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Retreat di sebuah hotel di sini, yang disertai kesemua 52 anggota MT Umno itu, dipercayai turut membincangkan prestasi Umno sebelum dan selepas pilihan raya itu.

Retreat itu dimulakan dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden Umno, dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor turut menyampaikan taklimat.

Perbincangan berlangsung dalam tiga kumpulan dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempengerusikan kumpulan pertama, seorang lagi Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kumpulan kedua dan Ketua Penerangan Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengetuai kumpulan ketiga.

Peserta diminta mengemukakan syor mengenai strategi pemulihan untuk dilaksanakan oleh parti.

Sesi perbincangan dalam kumpulan itu diteruskan sehingga esok sebelum rumusan akhir dibuat oleh Najib.

Abdullah dijangka menutup program itu sebelum solat Jumaat esok.

-- BERNAMA

KOMEN SAYA
UMNO kena tarik remaja-remaja melayu menyertai parti, buatlah program yang menarik untuk mereka. Hari ini remaja-remaja lebih berminat menjadi ahli PKR dan PAS..