Isnin, 12 September 2011

Gambar Penerokaan Bukit





Bersama-sama ini disertakan beberapa gambar untuk tindakan saudara. Menjadi kemuskilan kerana penerokaan ini berlaku di bukit-bukit yang terlindung dibawah akta hutan negara. Mesti ada dalang disebalik penerokaan ini.

Kedua-dua ini berada di lokasi yang berbeza. Boleh dilihat dengan jelas dari tepi jalan Bangunan Daim (Kem Tahanan ISA) Kamunting dan dari Taiping Golf Resort.

Penerokaan yang jelas menunjukkan hakisan yang teruk. Sekiranya ianya telah diluluskan oleh pihak berwajib, mungkin berlaku kesilapan.

Pihak yang terlibat perlu diheret ke muka pengadilan. Mungkinkah hutan di sepanjang Bukit Larut akan menjadi seperti tanah tinggi di Cameron Higland, Pahang dan Loging, Kelantan.

Mana perginya penguatkuasaan dari Jabatan Hutan dan mana pekanya orang awam. Mana peranan JKKK dan wakil rakyat.

Bukit dihadapan mata diperkosa sedemikian. Kemusnahan begitu luas kawasannya. Jelas dari jauh nampak merah tanah bukit tersebut.

Bantulah alam yang tidak mampu menjerit dan memohon pertolongan. Hanya menanti kemusnahannya dan mengakibatkan manusia sendiri akan menunding jari ke semua pihak.

Semoga usaha kita diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Sahabat Cinta Alam Sekitar