Isnin, 12 September 2011

Katakan tidak pada PR

Nurul Nizam wrote:

Isu Mat Sabu. Kalau di Singapura sesiapa sahaja yang mentohmah dan memfitnah kerajaan akan segera ditahan, disaman dan dibicarakan sehingga mereka senyap tak berkokok lagi. Suara-suara sumbang Mat Sabu dan tali barut serta saki-baki sosialis-komunis yang menganggap PKM sebagai pejuang kemerdekaan, disokong oleh Hadi Awang dan Anwar Ibrahim sangat merbahaya kepada keselamatan negara.

Justeru bila lagi kerajaan nak bertindak? Nak tungu sampai Anwar jadi PM dan Mat Sabu jadi Menteri Dalam Negeri? Lebih 554 laporan polis telah dibuat setakat ini terhadap kebodohan dan kedangkalan pengetahuan sejarah Mat Sabu, bacullah kalau kita hanya berdiam diri, tak ada kekuatan dan kejujuran politik untuk membicarakan Mat Sabu di Mahkamah. Mat Sabu hari-hari buat roadshow mengatakan beliau benar, UMNO bila lagi nak turun padang bersingsing lengan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.