Jumaat, 25 Julai 2008

Kerajaan tidak abai kaum India

KUALA LUMPUR 24 Julai - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi tidak mengabaikan kaum India walaupun diberi tanggungjawab untuk mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, antara program terbabit ialah latihan keusahawanan kepada 4,627 orang kaum India pada tahun 2006 dan 2007 membabitkan pembiayaan sebanyak RM450,920 oleh Institut Keusahawanan Negara (Insken).

Katanya, bermula 2006 hingga 31 Mac 2008 pula, seramai 1,396 orang pelatih kaum India telah menjalani latihan di GiatMara.

"Seramai 85 orang siswazah dari kaum India juga telah menyertai Skim Usahawan Siswazah (SUS) sejak tahun 2005 hingga bulan Ogos 2007.

"Sementara itu, tujuh usahawan siswazah kaum India telah berjaya mendapat kemudahan Tabung Usahawan Siswazah (TUS)," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Krishnan N.S. Maniam sama ada kerajaan akan mengkaji semula fungsi dan dasar agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan UDA Holdings Berhad (UDA) supaya dapat membantu kaum India selain kaum Melayu di Dewan Negara hari ini.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar, Noh berkata kementeriannya melalui UDA dan Mara sedang mengkaji untuk mewujudkan satu pusat membeli belah yang besar untuk memberi peluang kepada usahawan bumiputera berniaga.

Katanya, Jawatankuasa Pembangunan Premis yang diwujudkan kementeriannya akan merangka jenis-jenis kemudahan di pusat membeli belah itu bagi memastikan ia bukan sahaja memberi keselesaan bahkan sesuai digunakan.

"Sebenarnya kita sudah mulakannya seperti Mara yang sedang membina Anggerik Mall di Shah Alam dan UDA juga telah memiliki beberapa pusat membeli belah seperti di Bukit Bintang, Kompleks Pertama dan Angsana di Johor.

"InsyaAllah di Jalan Sultan Ismail juga akan dibina sebuah pusat membeli belah yang besar untuk kemudahan usahawan bumiputera kerana di situ masih ada tanah kosong milik UDA," katanya.
======================================================================================
Wahai kaum India. sedarlah banyak-banyak, betapa seronok dan bahagianya kamu semua menjadi rakyat Malaysia. dapat jadi doktor, peguam, ahli muzik, dj dan macam-macam lagilah.

Kena lah ada jati diri dan semangat cintakan tanah air ini. jangan lah dok usung gambar Mahatma Ghandi lagi di sini, gambar Ghandi biarlah orang India di India memegangnya. dan menggantungnya di dinding.