Rabu, 23 Julai 2008

Restoran Thai VS Warung tempatan

Sejak 10 tahun lalu . Senario malam di Taiping bertukar. Kalau sebelum ini penduduk tempatan menjamu selera di pasar malam di Jalan Panggung Wayang Taiping. tetapi kini semua itu menjadi sejarah.

Dari menjual di pasar malam juga hari ini dua peniaga dari situ telah melangkah maju dengan membuka Restoran Dolly dan Selera Malam. Namum saingan mereka ialah kehadiran Restoran Thai.

Restoran Thai tumbuh bagai cendawan. Antara yang terkenal ialah Restoran Ala Yala, Kamunting Timur, Taiping Utara, Cherry Corner, Restoran Tupai dan banyak lagi. Setiap malam restoran ini dipenuhi oleh pelanggan tempatan dan pelancong-pelancong dari luar.

Restoran yang dibuka oleh pemilik tempatan semakin kurang pelanggan dan kurang seri.

Mengapa terjadi begini?

Jawapannya mudah. Restoran Thai bersih, ceria dan sedap makanannya. Restoran atau Warung milik tempatan suram, malap, kotor, makanan kurang enak, dan yang menggelikan ialah kita boleh lihat tikus-tikus berlari-lari di bawah meja dan dapur. kerusi plastik hitam berkulat. lantai dan meja juga kotor, kain mengelap pinggan digunkan untuk mengelap meja dan tangan,pinggang dan cawan berdaki, guna cawan plastik dan berbau cabai. ditambahlagi dengan harga makanan yang mahal.

Kesemua elimen ini menyebabkan pemilik restoran Thai berjaya menambah beberapa cawangan restoran mereka di Taiping dan lain-lain tempat di seluruh negara. Kalau dahulu tauke mereka datang dari Thai dengan hanya menaiki Pickup yang berharga 240 000 bath tetapi hari ini mereka datang denga kereta honda civic ,camry , accord yang semua nya mencecah jutaan bath.

Paling melucukan ialah jika mereka melihat van Jabatan Imigresen. Pernah satu ketika aku dan rakan-rakan sedang lepak di salah sebuah restoran yang aku sebut di atas, tiba-tiba saja macam kilat semua pekerja nya menjadi atlit lompat tinggi, lompat jauh dan lari pecut. hilang dalam sekelip mata. rupa-rupanya mereka dikejutkan oleh kehadiran semua van jabatan imigresen. mereka dalam perjalanan ke sebuah balai polis untuk menahan pekerja restoran yang ditangkap di restoran lain.

Tapi awas. restoran thai ini ada resepi rahsia. kalau kita pernah makan di restoran mereka maka bila sampai waktu saja minda kita akan teringat restoran mereka.Samada berseorangan atau berkekuarga kita akan sanggup menunggu pesanan kita walaupun terpaksa menuggu hampir sejam.

Nak tahu apakah rahsia mereka?

Jawabnya ialah ubat batuk dan jamu air mancur. kisah terbongkar apabila mereka berpindah dari restoran sewaan mereka yang dimiliki oleh rakan aku, semasa membersih restoran pemilik menjumpai beratus botol ubat batuk kosong, dalam perbualan kami ada yang mengandaikan mereka adalah penagih ubat batuk.
tetapi andaian aku bukan nya ketangihan oleh pekerja mereka, aku berani berkata mereka mengunakan ubat batuk dalam sos rahsia mereka untuk membuatkan pelanggan ketagih untuk terus makan makanan mereka. ini kerana aku mengingat kembali kisah seorang pemilik restoran thai yang terserempak dengan aku membeli jamu air mancur dalam kuantiti yang banyak. sebab tu lah nasi goreng mereka rasa sedap dan berangin.

Sejak itu aku cuba sedaya upaya untuk tidak lagi menjadi pengunjung setia di restoran mereka.