Rabu, 23 Julai 2008

Restoran Nasi Kandar mulai merudum

Kalau tadi bercakap mengenai Restoran Thai kali ini kita kupas pula isu restoran mamak nasi kandar.

Restoran nasi kandar mula meletup lebih 10 tahun lalu, dengan mengamalkan konsep restoran 24 jam restoran mamak ini mampu bertahan sehingga sekarang walaupun banyak juga yang telah menutup perniagaan mereka.

Restoran Rahman Nasi Kandar terus bertahan dengan menyediakan tanyangan LCD bola sepak melalui siaran Astro. dan setengahnya menyediakan Free Wifi.

Restoran mamak mampu bertahan kerana teh tarik , nasi lemak bungkus, mee goreng kering dan roti canai banjir. Kalau kita kelaparan tengah-tengah malam jam 2 hingga 4 pagi maka restoran mamak jugalah yang sedia melayan kehendak kita, pada waktu itu semua restoran tempatan dan thai sudah pun menutup perniagaan mereka.

satu lagi yang perlu ada di restoran mamak ialah perlu ada camera litar tertutup. bukan apa, selain menjaga keselamatan mereka mereka juga boleh membantu polis dalam membenteras jenayah pecah rumah dan pecah premis-premis kerajaan. mungkin juga penyangak atau penyamun ini akan makan sebelum atau selepas beroperasi.

Oleh itu restoran mamak perlu menjalinkan kerjasama dengan polis dalam membenteras jenayah.

Kembali kepada isu kedai mamak yang menutup bisnes mereka ialah kerana sikap pengotor mereka, pekerja mereka kotor dari segi kebersihan pakaian dan diri, tangan makan air berkulat,harga melampau, kuah basi, cawan kotor bedaki, sikap sombong dan kasar mereka melayan pelanggan. Ini menyebabkan pelanggan lari mencari lokasi lain.

Satu lagi punca mereka menutup bisnes ialah kerana hutang along. Ada sebuah restoran mamak yang popular di Kamunting terpaksa gulung tikar kerana mempunyai kadar hutang along yang tinggi. Sikap suka bergaya dan berjudi juga menjadi sebab mereka bungkus bisnes mereka.