KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan 47 orang, masing-masing 19 orang tengah dan 28 kakitangan Puspakom di seluruh negara sejak semalam kerana disyaki membuat peperiksaan dan meluluskan kenderaan bermasalah tanpa mengikut prosedur atau melihat sendiri kenderaan terbabit.
Pengarah Siasatan Ibu Pejabat BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata mereka ditahan sejak semalam hingga petang ini dalam operasi bersama BPR dan Puspakom yang dikenali Ops Compact.
ULASAN: Andainya 28 tu dari kerajaan pakatan apa komen mereka? kronisme? konspirasi? fitnah? Mereka melaung-laungkan kerajaan adil, bersih dan telus. Bermakna BPR bebas melakukan menyiasatan seandainya mereka menerima aduan.