Rabu, 27 Ogos 2008

Perisian pertahanan negara mesti menggunakan perisian sendiri


Peperangan era baru tidak lagi menggunakan sistem konventional. Semuanya menggunakan sistem teknologi komputer, radar, satelite, gps dan berbagai lagi yang akan muncul dalam dekad ini. Penghasilan dan perlumbaan senjata moden begitu drastik seiring dengan pembangunan IT.

Pembangunan IT negara hari ini banyak bergantung kepada teknologi dan produk yang datang dari barat.

Seandainya kita ingin menggunakan teknologi mereka dalam soal mempertahankan negara dari pencerobohan pihak musuh, saya yakin semua sistem yang kita ada akan gagal berfungsi.

Kenapa jadi begitu. ? Jawapan nya mudah sahaja. kerana sistem semua nya dibangunkan oleh mereka dan sudah tentu mereka memasukkan kod-kod rahsia kedalam sistem komputer kita. Dan kod ini boleh bertindak bila-bila masa di perlukan oleh musuh. Dengan mudah mereka akan mengharu biru sistem yang ada di semua pangkalan data kita. Mungkin peluru penangkis yang kita ada akan gagal berfungsi dan sasaran peluru boleh diubah oleh pihak lawan dan kembali memusnahkan pertahan kita.

Hari ini apa saja yang kita gunakan adalah tidak selamat tambahan dalam dunia IT. Semua orang sedia maklum dalam hal ini.

Ayuh dan bangun lah anak-anak remaja yang celik It. dan jadi lah pejuang cyber di dalam dunia sebenar. belajarlah walaupun sampai ke Monggolia untuk menuntut ilmu. Satu jihad yang besar faedah kepada negara.

Elakkan dari menjadi politiking murahan di jalan raya.