Khamis, 28 Ogos 2008
Anwar EL Sadat mati sebagai seorang yahudi.
Anwar Sadat adalah Presiden Mesir ke 3 selepas kematian Gamal Naseer. Anwar juga seorang hero dan disanjung oleh negara arab kerana keberanian menyerang Israel untuk merampas Sinai wilayah yang dikuasai secara haram dari Mesir.
Dua kali Mesir berperang dengan Israel. 1967 dan 1973. Peperangan ini membawa kesan sampai ke Malaysia. harga beras dan gula ( 15 sen menjadi 30 sen sekati) mula naik berikutan kenaikan harga minyak. Inflasi negara ketika itu mula naik. Rakyat merasakan tekanan hidup yang amat sangat dan pada masa yang sama juga Malaysia baru saja pulih dari kejadian hitam 13 Mei.
Krisis politik tanah air juga seperti sekarang, cuma pada masa itu belum ada PKR. yang ada ialah Anwar Ibrahim dan dia ketika itu tengah gila berdemontrasi di jalan-jalan di sekitar bandar Kuala Lumpur terutama dalam usaha menentang pengaruh Rusia dan juga kemiskinan dalam negara gara-gara kenaikan harga barang yang mendadak.
Anwar Sadat ketika itu juga di sanjung oleh dunia arab atau disebut Liga Arab. tetapi akhirnya peperangan Mesir-Israel tamat begitu sahaja tanpa mencapai kemenangan gara-gara campur tangan freemason di UN. akhirnya pada tahun 1977 Anwar Sadat di jemput ke Israel dan berakhirlah konflik antara dua negara dengan termetrinya perjanjian damai dalam tahun 1978.
Perjanjian damai yang dibuat di kem David ini menyebabkan dunia Arab begitu marah kepada Anwar, beliau di bunuh dalam satu perbarisan tentera pada tahun 1981. Radio arab melaporkan dengan keras bahawa kematian Anwar adalah kematian seorang yahudi, kerana dikebumikan pada hari rabu. ( foto atas ialah kubur Anwar Sadat dibina berbentuk piramid) kenapa?
Bagaimana pula dengan seorang lagi Anwar di Malaysia yang sedang gah namanya. Adakah dia akan mati sama seperti Sadat? mati sebagai yahudi kerana bersekongkol dengan masonic.