Laporan akhbar hari ini (klik) menyebut keputusan mesyuarat meja bulat berakhir dengan 50-50 . Ini bererti hasrat untuk meneruskan program tersebut masih belum muktamad, sebab ada yang pro dan ada yang kontra.
PPSMI elok diteruskan, kerana ia membawa banyak manfaat kepada murid dan guru. Murid-murid hari ini sudah mahir bercakap Bahasa Inggeris (BI). Guru juga di perhatikan sudah berani berkomunikasi dalam BI tanpa kekok dan tanpa sangkut-sangkut.
Hanya guru yang bermasaalah saja yang masih lagi terkial-kial untuk mengajar dan bercakap dalam BI. Kalau seorang ustazah boleh lulus MUET dengan baik kepada pula mereka yang mengajar PPSMI yang sudah 6 Tahun masih gagal menguasai BI, ini adalah kelemahan sendiri dan bukan kelemahan sistem.
Kejayaan PPSMI tidak boleh diukur dalam masa yang singkat. Kalau tidak silap tahun ini merupakan ujian UPSR pertama untuk murid-murid sekolah rendah menjawab dalam BI.
Tahun 2009 mereka akan melangkah ke sekolah menengah. dan 2013 mereka akan mengambil peperiksaan SPM dan selepas itu kepada yang berjaya akan meneruskan ke IPT dan di sinilah segala hasil usaha mereka selama 11 tahun akan nampak. Mereka akan lebih progresif dan mudah menguasai Sains dan Matematik di peringkat Universiti.
Andainya PPSMI di hentikan dan bila mereka memasuki IPT mereka terpaksa juga belajar 2 subjek tersebut dalam bahasa BI, terutama bila mereka berada di luar negara. Mereka tidak perlu untuk belajara bahasa dan nahu serta ejaan BI kerana mereka sudah membina asas yang kukuh selama 11 tahun.
Masalah guru kurang mahir mengajar PPSMI bukanlah alasan untuk memansuhkan program ini. Tun Mahathir telah berfikiran jauh dan dia juga mendapat pandangan dari cerdik pandai melayu yang bersekolah dalam Bahasa Melayu. Mereka menghadapai masalah apabila belajar di IPT dalam aliran atau bidang-bidang sains dan teknologi, Mereka rugi kerana gagal menguasai bidang tersebut disebabkan kegagalan menguasai BI.
Sebagai anak Malaysia yang inginkan Malaysia maju dalam bidang Sains dan Teknologi, PPSMI mestilah diteruskan. Kejayaan akan kita lihat apabila mereka berjaya mencipta senjata-senjata perang dan rekaan-rekaan sains untuk dimanfaatkan seluruh dunia.