Khamis, 21 Ogos 2008

Anwar ni Mat Jenin atau Mat Dajal?

Dari apa yang kita semua tahu, dia berangan-angan nak jadi PM dah lama. sebelum dipecat dari UMNO lagi dan mungkin sejak hari dia menyerahkan borang keahlian Umno . Sebab tu dia tak masuk Pas walaupun 1974 dia berkempen untuk Pas di Kelantan. Dia mungkin berfikir kalau dia dalam Pas tak boleh jadi PM. maka atas nasihat sekutu dia dari luar negara dia terpaksa tebal muka menjadi ahli Umno. Sejak itu dia terus berusaha untuk naik ke kerusi PM sebab bila dia masuk bilik Tun Mahathir dia dah siot habis. Adakah dia Mat Jenin? Jawabnya tidak, dia bukan Mat Jenin, sebab Mat Jenin berangan sorang-sorang dan tak kacau orang. Dia ni sebaliknya, menyusahkan 27 juta rakyat Malaysia, Kalau dah menyusahkan oleh maka dia bukan Mat Jenin tetapi Mat Dajal,

Dulu semasa Tun Mahathir memerintah perlahan-lahan negara di bawa melihat dan beralih arah ke Timur dan Dasar Pandang ke Timur pun di buat. Anwar menyokong dasar tersebut, tetapi diam-diam dia mengasah parang untuk memancung leher Tun Mahathir kerana memandang ke Timur dan tidak ke Barat lagi,

Hari ini jelas sikap dan cita-citanya ialah untuk mengalih pandangan kita dari Timur ke Barat semula. Cukup lah 500 tahun kita pandang ke Barat. Solah kita pun tak pandang ke Barat tetapi pandang Ke Kiblat