Jumaat, 29 Ogos 2008

Berkuburnya parti PKR

Umno telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor. Tertubuhnya parti politik melayu ini ialah untuk menentang penubuhan Malayan Union.

Kini Umno berusia 62 tahun merupakan tulang belakang kepada Perikatan yang hari ini dikenali sebagai BN. 

BN telah di bentuk dalam tahun 1973  dengan pertambahan ahli baru ia itu Pas. Kemasukan Pas memberi tamparan hebat kepada Anwar Ibrahim ketika itu. Pada masa yang sama Anwar sudah mula menggerakkan ABIM sebagai landasan beliau untuk menentang BN.

Hari ini setelah dipecat dari Kerajaan dan Umno , beliau telah menubuhkan Parti Keadilan. Parti yang ditubuhkan tanpa asas dan sokongan kukuh oleh rakyat.  Ia jelas menunjukkan kemasukan Anwar kedalam Umno bukan atas sifat jati diri untuk membela agama, bangsa dan negara.

Difahamkan bahawa Datuk Ibrahim Ali dan Ku Li telah membawa masuk Anwar ke dalam Umno sebagai ayam tambatan untuk menyekat pengaruh Pas di Pulau Pinang dan negeri di utara semenanjung.

Pkr ternyata kuat dan gagah kerana bergantung kepada populariti Anwar sahaja dan bukan atas dasar perjuangan parti. 

Sebab itu ramai orang melayu dan rakan-rakan karibnya, telah keluar parti kerana dasar perjuangannya kosong dan tiada hala tuju yang jelas.  Andainya dalam setahun dua lagi Anwar meninggal dunia maka PKR akan berkubur terus.  Penyokong tegar beliau hanya seronok mendengar ceramah dan dongengan helah bela diri beliau sahaja. 

Agenda beliau bertanding di Ptg Pauh secara tergesa-gesa ialah untuk membolehkan beliau mengambil alih kerajaan dan seandainya berjaya, beliau akan menggunakan kuasanya untuk membatalkan semua tuduhan-tuduhan di mahkamah. Sekali lagi  beliau akan menggertak polis Bpr , dan institusi mahkamah.

Oleh itu percayalah bahawa Pkr tak akan terbang jauh. Saat kematiannya tetap tiba  tambahan pula tubuhnya yang kurus penuh dengan racun arsenik dan Hiv. ( dakwaan racun oleh Pkr semasa Anwar dalam  penjara).  Tiada lagi yang layak menjadi ketua mereka, tak juga Azizah, tak juga Azmin atau Khalid.

Kemungkinan juga Anwar akan meletakkan jawatan sebagai MP Ptg Pauh kerana tak tahan telinga duduk di dewan rakyat kerana di sindir dan dipulang paku buah keras oleh MP BN.

Dalam ceramah politik di Ptg Pauh semua balaci-balaci berhujah mengenai diri Anwar yang di fitnah oleh Umno. Mengampu dan mengagung-agungkan Anwar. tak ada satu pun agenda untuk membangunkan bangsa dan agama. Bila Anwar mati , habislah modal politik mereka.