Jumaat, 29 Ogos 2008

MALAYAN UNION, MALAYSIAN MALAYSIA,EUROPEAN UNION DAN ASIA UNION

Malaysian Malaysia telah mula dicanangkan seawal 1960an oleh satu puak di Malaysia bertujuan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada artikel  153 yang memberi keistimewaan kepada orang Melayu atau lebih mudah di sebut ketuanan melayu. Bangsa asing masuk dengan banyaknya ke Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak  hendaklah diberi hak yang sama dalam segala urusan kenegaraan. 

Seandainya agenda Malaysian Malaysia ini berjaya maka orang pendatang yang dibawa masuk beramai-ramai oleh Kapitan-kapitan dengan mudah akan menguasai sosial, ekonomi dan politik. 

Kemasukan bukan melayu bermula sejak wujud kerajaan Melayu Melaka dan Belanda lagi, Proses kemasukan pendatang asing adalah melalui dua cara. Pertama kerana di bawa oleh British dan kedua oleh kapitan cina yang memohon izin kepada British untuk membawa masuk orang cina secara besar-besaran. Ini amat ketara berlaku di Singapore, Sarawak dan Sabah.  Semua tercatat dalam sejarah, di bandar Sibu Sarawak. Wong Nai Siong adalah tokoh cina yang telah berusaha untuk membawa masuk kaum-kaum Foochow secara besar-besaran ke Sarawak. 

Di Singapore juga berlaku agenda yang sama. sehinggakan ia membawa masalah sosial kepada kerajaan British di pulau itu.

Sebelum  wujudnya agenda Malaysian Malaysia telah wujud satu agenda British untuk menjadikan Tanah Malayu atau Malaya sebagai Malayan Union pada tahun 1946 atau selepas perang dunia II.  British akan menggabungkan Melaka, Pulau Pinang dengang negeri melayu bersekutu dan tidak bersekutu. Walaubagaimana pun ia akan mengecualikan Singapore dari Malayan Union. Selain itu ia juga akan menghapuskan peranan kesultanan melayu.

Di Eropah, Bristish dan lain-lain jirannya telah berusaha menubuhkan European Union, dan ia berjaya, sehingga kini sudah  27 negara-negara kecil eropah telah bergabung dalam EU dan banyak lagi akan meyusul kemudian.

Hari ini dengan  kemenangan Pakatan Rakyat di bawah Dap. Pkr dan Pas , memberi harapan baru kepada DAP terutamanya untuk terus merealisasikan impian Lee Kuan Yew untuk menjadikan  Malaysian Malaysia yang terbantut selepas republik itu disingkir kan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman.  Ia adalah kerana Malaysia ketika itu mempunyai 2 perdana menteri. satu di Malaysia dan satu di Singapore.  Apabila Singapore tersingkir tertubuhlah DAP di Malaysia pada tahun 1966. Itulah agenda utama mereka Malaysian Malaysia.

Hari ini impian mereka sudah hampir pasti selepas berjaya bekerjasama dengan PKR dan PAS.

Pas ialah Parti Islam Ortodok yang tidak mempunyai pemikir yang hebat. Ideologi Pas hanyalah untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, kedua ialah untuk menumbangkan Parti UMNO yang menjadi dendam kesumat sekumpulan ahli yang keluar UMNO awal 50an dahulu, sama seperti dendam Anwar yang disingkirkan dari Umno.

PKR pula hari ini terpengaruh dengan fahaman freemason dan bersetuju dengan New World Order untuk mewujudkan Asia Union  seperti mana impian Bush untuk mewujudkan American Union 2012. ARDA hari ini digerakkan untuk tujuan ini. Tian Chua adalah individu yang bertanggung jawab melaksakan tugas di Malaysia. Agenda lain PKR ialah sebagai wadah perjuangan bela diri dari segala tuduhan jenayah ke atas pemimpin mereka. Dengan meminjam idea Klu klax klan beliau berjaya membentuk kumpulan-kumpulan ekstrim di dalam negara.

Sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan mari lah kita kaum melayu yang masih jauh ketinggalan dalam segala hal, membulatkan tekad dan perjuangan untuk  menghalang usaha-usaha asing untuk mencorakkan bentuk dan warna pemerintahan negara kita. 

Orang melayu hanya ada tanah ini sahaja, melayu tidak pernah bercita-cita untuk memohon kerakyatan negara lain. Tidak seperti bangsa lain yang mudah beralih angin dengan memohon kewargaan negara-negara lain seperti Usa. Canada, Australia, New Zealand dan Britain.