Khamis, 21 Ogos 2008

Debat Koh-Lim menaikkan saham politik Koh

Perdebatan malam tadi sungguh manarik bila Tan Sri Koh menyampaikan hujah-hujah tetapi membosankan bila Lim asyik mengulang-ngulang benda yang sama. Hanya yang menarik ialah dia ingin memulihkan miskin tegar di P.Pinang dalam tempoh setahun. Yang tu memang boleh, sebab P.Pinang tak ramai orang miskin.

Keluarga miskin di negeri ini adalah sebabkan oleh faktor-faktor semasa seperti kehilangan punca pencarian sebab kematian ketua keluarga, perceraian dan kes pinjaman ahlong. kes penagihan dadah juga menyebabkan sesuatu keluarga boleh jatuh miskin kerana wang habis ke dadah. Lagi pula kerajaan BN yang lama sudah pun berusaha habis-habisan melawan kemiskinan ini.

Lim juga ternyata salah dalam hujah. Untuk menghapuskan kemiskinan bukan boleh buat dalam satu tahun. Ia mengambil masa berbelas tahun. tak percaya lihat iklan kemerdekaan Petronas, kisah Afdlin peniaga buah menyimpan angan-angan untuk memiliki sebuah motor besar. Dia tak berjaya memilikinya tetapi akhir cerita anaknya yang tahu ayahnya minat motor besar dan setelah berjaya dia menghadiahkan sebuah untuk ayahnya. Lim kena lihat dan faham mesej iklan Petronas .

Bukan kerja senang dan mudah untuk mengubah nasib sesuatu kaum. Satu usaha yang panjang dan berterusan mesti dibuat untuk menghapuskan kemiskinan. Cara yang terbaik ialah melalui pendidikan.

Kubang Semang di kawasan Permatang Pauh adalah kawasan melayu miskin 50 tahun lalu. hari ini ramai anak-anak Kubang Semang adalah tokoh-tokoh hebat dalam jabatan kerajaan.

Tan Sri boleh tidur lena selepas ini dan Lim seminggu ni mandi pun tak rasa apa, bila mengenangkan kejahilan dan kecetekan ilmu politik yang ada padanya.

Mungkin ini kali terakhir dia memegang jawatan KM di P.Pinang kerana Tan Sri akan mengambil balik kerusi KM tersebut dalam PRU13.