Rabu, 27 Ogos 2008
ISU BAJU SEKOLAH
Isu pakaian sekolah telah diperkatakan beberapa bulan yang lalu. Ini timbul setelah di lihat pakaian sekolah sudah menjadi carca merba. Dalam sebuah sekolah pun ada beberapa jenis warna. Pelajar Tingkatan 6 mahukan warna sendiri, begitu juga dengan pengawas sekolah, pengawas perpustakaan , PRS dan sebagainya ingin membezakan kumpulan masing-masing.
Kalau kita ke sekolah lain maka senarionya berlainan pulak, masing-masing dengan indentiti sendiri.
Kasut juga menjadi isu pada awal tahun. Dahulu semua pelajar di wajibkan menggunakan kasut kanvas berwarna putih. Hari ini banyak sekolah telah bertukar kepada kasut kanvas berwarna hitam . Dahulu baju dan seluar pelajar lelaki, semuanya serba putih.
Pelajar perempuan juga adalah seperti gambar di atas. Pun begitu ada juga masalah yang timbul, baju kurung pelajar perempuan dikatakan amat sexy dan jarang, tidak seperti blause di sebelah kanan yang mepunyai dua lapisan bahagian dada.
Pelajar bandar gemar memakai baju kurung dan tanpa kain tudung maka ia boleh mengundang kecelakaan kepada pelajar tersebut.
Isu yang nak di utarakan di sini bukan lah dari segi fesyen tetapi adalah dari segi warna. Setelah mengetahui warna pakaian itu sama dengan warna rasmi freemason maka timbul satu soalan. Siapakah yang mencadangkan pengunaan warna tersebut pada peringkat awal dahulu.
Kembali kepada kisah ritual pasukan ragbi sebuah sekolah tersohor di bandar ini, setiap kali sebelum memulakan permaian mereka hendaklah membuat 'cakar rimau; dengan tangan kanan ke dada kiri. Ritual ini juga merupakan salah satu isyarat tangan kumpulan ini.
Minta sama-sama lah kita menilai semula semua bentuk ritual yang menjadi kelaziman kita selama ini.