Rabu, 27 Ogos 2008

Mengapa Umno kalah.


Malam tadi dan sehingga ke hari ini, ramai rakan-rakan yang menghantar sms dan membuat panggilan ingin tahu pendapat aku tentang keputusan pilihanraya pp44.

Sebelum ini aku optimis BN akan menang dengan majority kecil seperti mana Pkr menang pada tahun 2004 lalu. Ternyata ramalan meleset sekali dan kemenangan masih berpihak kepada Pkr.

Ternyata semua indikator PRU 2004 tidak boleh di gunakan sebagai penanda aras untuk semua pilihan raya umum akan datang atau jika berlaku pilihanraya kecil jika ada dalam tempoh terdekat ini.

Faktor semasa memainkan peranan penting. Isu sumpah Saiful dan penahanan 2 exco di Perak bukan membantu proses kempen BN sebaliknya ia memakan diri. Kita tidak boleh menyalahkan pihak Saiful atau Bpr. Mereka melakukan tugas mereka dan yang jelas pihak Pkr telah menggunakan isu tersebut untuk memantul balik kesalahan kepada BN. Kerajaan BN di persalahkan kononnya merancang dan mengadakan konspirasi.

Natijah nya ialah 'melayu mudah percaya' dan 'melayu mudah lupa' . P. Ramle telah memaparkan kisah hidup orang melayu dalam pelbagai watak supaya kita fikir-fikirkan, tetapi semua mesej yang Tan Sri P. Ramlee paparkan semuanya tidak dijadikan pengajaran dalam hidup kita hari ini.