Selasa, 14 Oktober 2008

Anwar Sakit

Sebagai seorang yang sudah berusia 61 tahun, risiko untuk mendapat penyakit alzimer memang mudah. Selain dari kesan stress selama 10 tahun boleh menyebabkan dia mendapat kemurungan dan akhirnya alzimer.

Kelakuan beliau diluar rumah dan dihadapan khalayak adalah hanya lakonan semata-mata. Hari ini dengan menghadapi tuduhan baru di mahkamah dan kegagalan merampas kuasa dan kehilangan sokongan dari pengikutnya menambah lagi keparahan dalam jiwa beliau.

Hari ini beliau sanggup bercakap selama 5 jam di parlimen mengenai bajet 2009. Walaupun ucapannya gagal menarik perhatian ahli parlimen untuk mendengar ucapan, namum beliau terus bercakap seorang diri.

Tingkah laku nya akhir-akhir mendedahkan bahawa beliau mempunyai ciri-ciri seorang yang sakit jiwa dan perlu rawatan segera agar ia tidak memudaratkan orang lain terutama kaum keluarganya yang terdekat.