Lidah Pas iaitu Harakah nampaknya cukup risau dengan proses pemilihan UMNO sekarang. Nik Aziz kecewa dengan pendirian Pak Lah untuk melepaskan jawatan pada Mac 2009.
Kalau boleh Nik Aziz ingin melihat UMNO terus lemah dibawah Pak Lah supaya senang bagi pihaknya untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Pas juga sudah memancing Ku Li supaya menyertai Pas. Pas akan terus memancing ahli-ahli UMNO yang kalah dalam Pemilihan kali ini samada diperingkat bahagian atau pun peringkat majlis tertinggi. Mereka akan mendahului Pkr dalam usaha menarik ahli UMNO.
Mungkin mereka berjaya menawan hati beberapa orang desperado supaya menyertai Pas, tetapi mungkin peratus nya terlalu kecil.
Pas tahu, selepas MT baru dipilih Mac 2009 UMNO akan mempunyai wajah baru dan semangat baru. Barisan baru ini akan memastikan kedudukan UMNO akan terus kuat dan akan mengembalikan sokongan rakyat yang terkeciwa dengan Pak Lah dalam PRU12.
Anwar pula hari ini sudah tidak lagi mahu bercakap soal peralihan kuasa, sebaliknya Pas yang beria-ria dan berangan untuk mengambil alih Kerajaan Pusat hanya kerana menumpang biduk Pkr dan Dap.
Pak Lah ketawa melihat gelagat Pas yang kalah tetapi seolah sudah menang besar dalam PRU12. Hari ini Dap Perak sudah menghadiah tanah-tanah kepada orang Dap dengan diskaun dan geran milik kekal. Pas satu apa pun tak dapat. Berapa ribu lot tanah telah diluluskan oleh Pas untuk orang melayu di Perak? jawaban nya kosong. Pas hanya seronok berceramah disana disini seolah-olah mereka lah yang menang besar.
Seperti yang penulis sebut dahulu Pas akan berusaha untuk menggagalkan usaha Najib ke Putra jaya sebagai PM. Sekarang Pas sudah buka fail baru untuk memburuk-burukan Najib. Dalam Islam usaha Pas adalah salah dari segi hukum agama. Tetapi demi politik, Pas sanggup melakukannya walaupun bertentangan dengan hukum Islam.