Cerita 1
Sewaktu ke bandar warisan petang tadi penulis melalui Jalan Kamunting Lama (Klian Pauh) sewaktu melintas penjara tertua dinegara ini , penulis melihat dua buah Myvi yang diletakkan di tepi bahu jalan sebelah penjara.
Ini bukan kerja orang Taiping. Orang Taiping meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan.
Mereka ialah peguam berdasarkan inferen yang dibuat dengan melihat warna dan kod etika pakaian mereka. Seorang lelaki dan dua perempuan. Masih muda dan yang membanggakan ialah mereka itu orang melayu yang masih muda. dan seorang lagi ialah pegawai polis wanita berpangkat pegawai berdasarkan bid di bahunya. Keempat-empat mereka berwajah ceria dan tentunya akan menemui banduan yang kesnya berat sangat .
moral of the story ialah penulis berbangga dengan pencapaian mereka. Baru-baru ini seorang peguam telah bercerita betapa teruknya seorang peguam muda cina lulusan luar negeri tak reti berbahasa melayu dengan betul dan elok di dalam mahkamah.
Cerita 2
Sewaktu menunggu giliran menggunakan mesin ATM penulis melihat gelagat-gelagat pengunjung bank yang terdiri dari pelbagai kaum yang sibuk menggunakan mesin. Ada lelaki cina menggunak bahasa cina berurusan dengan mesin. jeling di depan seorang perempuan cina muda lagi menggunakan bahasa melayu dan jeling lagi ke kanan seorang lelaki indian juga menggunakan bahasa melayu. jeling lagi kebelakang seorang nyonya juga menggunakan bahasa melayu.
Moral of the story
Bahasa Melayu di terima oleh semua kaum. yang guna bahasa cina tu dari jauh penulis boleh kategori sebagai cina tipikal.
cerita 3
Sewaktu singgah di sebuah premis perniagaan penulis di sambut oleh seorang pemuda india, Penulis pun bercakap tamil sepatah dua. tersenyum lelaki dan dua orang lagi jurujual yang yang berbangsa india. setelah selesai membeli penulis tiba di kaunter bayaran. Di tepi mesin ada sebuah radio kecil yang berkumandang lagu tamil. Penulis buat-buat tanya kepada gadis cina yang menjaga mesin wang. "awak fahamkan lagu tamil tu" terperanjat dia sambil menjawab "Bukan saya buka mereka yang buka" fahamlah ia di maksudkan kepada gadis india tadi.
Penulis mencelah lagi. "lagu ini lagu moden, lagu klasik india baru sedap dengar macam Sathia menyanyi dalam filem Man Laksa, You ada tengok kan Man Laksa?" lantas dia menjawab "Tarak tengok la" Penulis tanya lagi "rumah ada astro?" dia jawab "Ada".
Moral of the story
Telinga rakyat Malaysia boleh dengar semua lagu dari berbagai bangsa. Gadis cina tu pun leka mendengar lagu tamil.
Moral kedua.
Abang Mamat buat filem Man Laksa dengan memasukkan unsur masyarakat majmuk adalah sangat baik tetapi ditayang dalam astro berpuluh kali pun budak india tu tak tengok.