Rabu, 30 April 2008

ISU AJK MASJID PERAK

Masjid Daerah Taiping
Terkejut dan terkedu aku dengan sikap menteri besar Perak, mengenai isi beliau dengan Pengarah JAIP. PAS harus ingat walaupun wakil mereka menjadi MB jangan senang-senang nak tunjuk besar kepala dengan rakyat Perak. PAS hanya menang 6 kerusi DUN saja. UMNO lebih besar kerusi DUN berbanding mereka. Janganlah nak memandai-mandai bertindak nak merubah seluruh jawatan kuasa masjid dan pegawai masjid kepada orang PAS.

Memang diakui semasa BN memerintah Perak mereka telah berjaya menguasai beberapa masjid di negeri ini dan menjadikan masjid tempat kempen politik dan caci maki mereka. Di Taiping masjid Kampung Expo telah menjadi markas mereka walaupun parti PAS tidak mengeluarkan sesen pun untuk pembinaan masjid tersebut, malah mereka pernah membuat solat hajat agar masjid baru tidak didirikan. Ini kerana mereka takut jika masjid itu dibina mereka gagal untuk menguasai masjid tersebut, tapi atas dasar tipu muslihat mereka akhirnya menguasai jawatan kuasa masjid baru ini kerana JAIP dan Wakil Rakyat Kamunting gagal menangani krisis tersebut.

Hari ini cita-cita mereka boleh menjadi kenyataan dengan saranan MB baru Perak. Selepas ini kita akan lihat masjid akan jadi alat propaganda politik PAS.

Mereka menggunakan contoh zaman Nabi Muhamad S.A.W masjid juga dijadikan tempat politik. jadi mereka akan lakukan sama hari ini kerana mengunakan alasan tersebut.
Adakah PAS akan berusaha mendamaikan semua masyarakat Islam dan bukan Islam di Perak dengan tindakan mereka.

Aku tak nampak pun tindakan mereka sama dengan Nabi Muhamad. Dahulu apabila UMNO berusaha untuk mencapai kemerdekaan dan bersahabat dengan MIC dan MCA maka PAS tuduh yang bukan-bukan. Pada hal tindakan UMNO ingin mencontohi Piagam Madinah. dan UMNO tidak menggunakan masjid untuk itu.

Tak kisah lah mereka nak ambil masjid di Perak, biarkan mereka bergembira, kita tunggu PRU 13. bila BN ambil alih , kita pastikan satu masjid pun tidak akan dimiliki oleh orang PAS.

Sabtu, 26 April 2008

ISU KERBAU PENDEK

  1. Teringat kisah isu babi di Melaka , kerajaan negeri telah mengesan jumlah babi yang berlebihan dan kerajaan berusaha untuk memusnahkan jumlah babi yang berlebihan. Sayangnya usaha tersebut telah dihalang oleh pelbagai pihak. Pihak penternak telah membuat benteng manusia dan benteng kanak-kanak untuk menghalang usaha pemusnahan. Hasilnya usaha pegawai polis dan jabatan haiwan tergendala.
  2. Pada masa yang sama berlaku rusuhan di Kuala Terengganu. dan polis bertindak untuk mengembalikan keamanan. Di sini wujud tohmahan pihak pembangkang yang menyelar tindakan polis kerana bertindak ganas dengan orang dari parti pembangkang dan berlembut dengan penternak babi di Melaka. sehingga polis dihina begitu teruk sekali, begitu juga dengan Pak Lah turut dikaitkan dengan isu babi. 
  3.  Dalam ceramah politik, mereka ada menyebut,"badwi di Arab bela unta, badwi di Malaysia bela babi" Sakitnya telinga aku dengar..Tapi dalam masa yang sama beberapa parti pembangkang telah pergi ke Melaka dan membela penternak babi . bukti nya ada dalam YouTube.
  4. Isu babi timbul lagi di Selangor selepas PRU12. Pas menyokong penuh projek babi . Ini di ketahui umum apa yang disebut oleh Nik Aziz. Pembangkang beralih lagi dengan menuduh projek tersebut telah dirancang oleh BN sebelum ini. 
  5.  Kalau begitu kenapa tidak dibatalkan saja oleh kerajaan baru Selangor. Ini mereka yang beriya-ia ingin melaksana kan dan pada masa sama menyalahkan kerajaan lama kerana itu projek mereka.
  6.  Apa ini semua??? kalau dahulu mereka menuduh badwi di Arab bela unta hari ini mereka boleh kata pada diri mereka sendiri yang mereka ialah penternak babi di Malaysia.

PELURU ANGIN ANWAR

30 Ahli Parlimen akan lompat keluar dari BN dan juga UMNO untuk menyertai Pakatan Rakyat?
Perkara ini perlu dipandang serius. Walaupun ia satu perang saraf untuk mengganggu gugat kan lagi BN. mungkin beliau ingin melihat BN melatah dalam hal ini. Menteri Penerangan baru pula dengan bijak menyatakan pakatan rakyat yang perlu risau sebab kemungkinan besar ahli mereka akan melompat keluar masuk BN.

Siapa 30 ahli parlimen yang dimaksudkan itu. mereka cerita nya ialah dari Sabah dan Sarawak. dia juga ada menyebut bahawa ada ahli UMNO yang memaklumkan agar nama mereka disenarai masukkan oleh AI.

Oleh itu wajar lah ahli parlimen yang akan bersidang nanti berdiri teguh dan menepis peluru-peluru kosong dari AI di Dewan Rakyat nanti.

Semoga Rakyat tidak tertipu lagi dengan omongan kosong beliau

Jumaat, 25 April 2008

POSTMORTEM KEKALAHAN UMNO PRU12

Pas sokong Dap
TM rasa tidak perlu lagi buat pos mortem.Kesilapan 2007 untuk tidak mengadakan pemilihan semua peringkat merupakan punca utama kekalahan UMNO dalam banyak kerusi.

Seandainya semua jawatan di pertandingan pada tahun 2007 kita akan mendapat pemimpin-pemimpin parti yang baru di semua bahagian. tetapi ada sebahagian ketua bahagian, timbalan ketua bahagian ataupun naib ketua bahagian dinafikan hak mereka untuk menjadi wakil rakyat dalam pru12. ini lah yang mendorong wujudnya sabotaj seperti yang telah diakui oleh pucuk pimpinan parti.

HINDRAF

TM agak terkejut besar satu ketika dahulu (semasa isu HINDRAF tengah panas) tak percaya buat try test..

TM menggunakan telefon bimbit jenis Nokia 2300 model hitam putih dah lupa bila beli, lama dah.

Satu hari aku menaip huruf hindraf mengunakan format auto text dengan kamus Bahasa Melayu
pelik dan ajaib bila menaip huruf "hind" dalam huruf kecil. dan bila tekan butang 'r' secara otomatik kesemua huruf tadi bertukar menjadi huruf besar "HINDR" dan Tambah lagi dua huruf dgn huruf kecil 'af'' terus menjadi 'HINDRAF"

Nampaknya telefon Nokia model 2300 itu telah disetkan oleh programernya supaya senang menulis huruf HINDRAF, aku cuba beberapa model telefon Nokia lain tapi tak menjadi,

Persoalan timbul di sini,,,siapakah punya yang merencanakan semua ini???

INSTITUT PENYELIDIKAN UMNO

TM masih ingat satu ketika dahulu semasa Tun Mahathir menggulung ucapan penutup semasa perhimpunan UMNO di PWTC. beliau telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah Institusi latihan khas untuk UMNO. tapi rasanya sampai sekarang tak wujud lagi lah agaknya.

Sudah beberapa kali pilihan raya umum aku perhatikan, jentera pilihan raya UMNO lemah di peringkat bahagian. kelemahan amat ketara sekali dalam pru ke 12 kali ini. kalau dilihat jentera parti PAS pula amat berbeza, mereka jauh mendahului UMNO.

Tak perlu dikupas halus-halus. di sini, terlalu panjang untuk diceritakan, aku harap pru13 akan datang UMNO dan BN mesti mempunyai satu modul khas untuk jentera pilihan raya, dan mesti dilaksana kan dengan sempurna , teliti dan betul.

Isnin, 21 April 2008

MELAYU TOLAK ISLAM?

Bagaimana pun, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata,

" Parti itu tidak boleh menyokong kalau ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam."

''Lebih baik berkawan dengan orang Cina dan India Muslim yang taat kepada pegangan Islam berbanding Melayu yang meminggirkan agama anutan mereka,"

"Kedaulatan tanah air wajib di pertahankan tetapi ia perlu diasaskan oleh orang Melayu yang benar-benar memperjuangkan Islam.



UMNO SEPANJANG 50 TAHUN SENTIASA BERUSAHA MENEGAKKAN SIAR ISLAM. PAS INI BUTA HATI ATAU SAJA MENAFIKAN USAHA UMNO.


" NAK TANYA DIA, APA HUJAH PAS YG KATA UMNO TOLAK ISLAM??"


YANG DIA DOK BERSEKONGKOL DENGAN DAP TU ISLAM KAH. MEMAKI HAMUN ORANG DALAM CERAMAH TU ISLAM KAH???

Ahad, 20 April 2008

Pencen 60 tahun

Pencen bagi kakitangan kerajaan di Malaysia amat sesuai pada usia 60 tahun. dan bersara secara pilihan ialah 50 tahun ke atas.

Zaman sudah berubah. Kalau dahulu rakyat yang sudah tamat alam persekolahan selepas SRP/LCE pun boleh menjadi kerani tanpa SPM. kemudian selepas beberapa tahun sijil SPR/LCE tidak lagi laku untuk mencari pekerjaan. SPM/MCE mengambil tempat, musim berubah lagi hanya SPM sahaja yang berpeluang mengisi kekosongan jawatan awam.

Kini pemilik SPM hanya layak bekerja di sektor swasta sebagai pekerja bawahan. Pada pemilik ijazah pertama mereka sangat beruntung kerana mudah untuk dapat menjawat jawatan penting dalam kerajaan.

Musim berubah lagi, Saban tahun kita dengar masalah graduan universiti menganggur. jika ada ruang mereka dapat menjawat jawatan dalam usia yang sudah lewat, ada yang 30an baru mendapat pekerjaan di sektor awam.

Oleh itu wujud trend baru..,pelajar enggan keluar untuk mencari kerja dengan ijazah pertama, maka mereka berusaha untuk menyelesaikan ijazah kedua ataupun ijazah kedoktoran, baru mereka selesa untuk keluar mencari pekerjaan.

Pada masa itu usia mereka sudah pun lewat dan mungkin sudah berusia 30 tahun. Jika mereka mula pekerjaan dengan kerajaan mereka hanya ada 25 tahun sahaja untuk berkhidmat dan terus bersara. Ini amat berbeza dengan penjawat awam yang memulakan perkhidmatan mereka selepas SPR atau SPM. mereka kadangkala berkhidmat sehingga 36 tahun sebelum bersara. jangka masa 33 tahun adalah perkara biasa, Ini amat merugikan pada golongan profesyenal yang menghabiskan masa di universiti sehingga mencecah usia lewat 2oan.

Oleh itu saya sangat-sangat mengalu kan cadangan supaya kakitangan awam dilanjutkan usia persaraan kepada 60. Yang pasti ia menguntungkan kerajaan dan kakitangan awam.

Kepada yang berkhidmat seawal 20an sudah tentu mereka tak sanggup untuk tunggu sehingga usia 60.

Jumaat, 18 April 2008

HEBATNYA PAS SELANGOR

Seronok sungguh PAS Selangor dapat berhimpun di Stadium Melawati Shah Alam, siap dengan solat berjemaah. penyokong PAS tua muda datang dari jauh dekat untuk meraikan kemenangan mereka, yang seronoknya , DAP tersenyum lebar melihat keseronokan melayu..

ALAHAI SAMY VELU

Apa sudah jadi sama you Samy...cakap macam orang hilang pedoman, Dulu masa jadi ketua tak mahu jaga orang India betul-betul. Jiwa orang India sudah masuk angin keluar asap. HINDRAF sudah masuk perut orang India Malaysia. DAP, PKR dan PAS sudah berjaya mencuri hati orang India. aku bertanya seorang budak India berusia 10 tahun..."tambi....Samy Vellu itu bagus kah?" apa dia jawab...'Aiyo,,itu Sammy tarak bagus punya orang, Dia tarak jaga orang India,"

Kalau nak kira jasa Sammy kepada orang India memang banyak. Ramai orang India telah berjaya dalam pelajaran dan juga yang berjaya menjadi kontraktor membina jalan. Pembeli barang lusuh, Pengusaha bas sekolah dan bas kilang. pengusaha kedai gunting rambut, cuci kereta. Ada yang terpaksa import pekerja-pekerja dari India untuk menjalankan usaha dan perniagaan mereka.
Hebatnya Sammy Vellu, tapi semua jasa-jasa beliau seolah-olah dilupakan oleh orang India.

Oleh kerana beliau gagal mengatasi masalah setinggan dan gagal membendung usaha Kerajaan Selangor merobohkan banyak kuil Hindu, dan terbentuknya pakatan HINDRAF. maka kedudukan beliau terus terancam. HINDRAF yang banyak didukung oleh cerdik pandai India yang terdiri dari kalangan peguam-peguam di Malaysia.

Mereka telah memainkan peranan besar dalam usaha menjatuhkan Sammy Vellu. Hari ini selepas kalah dalam PRU12 Sammy sepatutnya bertenang dan melihat kembali peranan dan kerja-kerja yang telah di lakukannya. Orang Malaysia marah kepada Beliau bukan kerana masalah India. masalah India ibarat perbalahan bapa dengan anak. biarlah dia menyelesaikan secara bijaksana tanpa heboh-heboh.

Orang marah pada beliau ialah mengenai isu-isu yang bersabit dengan JKR atau lebih jelas lagi mengenai isu jalan-jalan persekutuan dan PLUS. Satu lagi orang marah kerana mulutnya yang agak celupar bila bercakap di tv atau pun di parlimen.

sekarang beliau nak salahkan kerajaan kerana gagal menangani masalah orang India. Sedarkah beliau bahawa peranan itu terpikul di bahunya. kalau kerajaan gagal bermakna dia lah yang gagal. bukan NAJIB ATAU PAK LAH ATAU TUN MAHATHIR..

Aku harap Sammy Vellu dapat bermeditasi di suatu tempat yang sunyi atau yang suci bagi agama Hindu.. supaya ketenangan akan menjelma kembali dalam diri beliau. Agar dia kembali hidup dengan misi dan visi baru dalam MIC . itu pun jika beliau diterima lagi oleh akar umbi MIC

Khamis, 17 April 2008

KENAIKAN HARGA BARANG SELEPAS PRU12

Nampaknya selepas PRU12 kenaikan harga barang keperluan makanan terus menjadi isu. Adakah kerana pihak pembangkang gagal menguasai kerajaan Persekutuan maka harga barang terus di manipulasi kan oleh kebanyakan peniaga , pemborong dan pengeluar makanan?

Harga beras dan bekalan beras dunia sudah mula meruncing, dan kesannya negeri jelapang padi kita yang dikuasai oleh pembangkang juga telah menaikkan harga beras. negeri-negeri lain masih belum ada masalah harga dan bekalan beras, negeri di bawah pembangkang ini mendahului senarai kenaikan harga beras.

Dalam kempen PRU12. Pihak pembangkang menaikkan poster. 'UNDI BN BARANG NAIK, UNDI LAH PAS, PKR DAN DAP"

Hari ini kita tunggu dan ingin mendengar apakah komen dan reaksi pakatan parti yang memerintah Perak, P.Pinang, Kedah dan Selangor. Apakah tindakan mereka untuk membendung kenaikan harga barang. Dulu pandai sangat kutuk dan hina BN kerana harga barang naik, minyak naik. sekarang sila kemukakan idea-idea mereka apabila rakyat yang memilih mereka...

Rabu, 16 April 2008

PAS DAN PEMIMPINNYA

Benci betul TM dengan puak-puak pelampau politik di Malaysia. Sejak dahulu lagi mereka sibuk menyerang dan mengutuk pemimpin UMNO. Zaman Tun Mahathir apa yang tidak dilabelkan....semua ada. MAHA ZALIM, MAHA FIRAUN dan macam macam lagi

Semua Pemimpin UMNO menjadi sasaran mereka. Hari ini Tun bukan lagi sasaran nya, sebaliknya Pak Lah dan Semua Menteri Besar dari kalangan UMNO. Tujuannya satu ,ialah untuk meruntuhkan UMNO dan BN. Hari ini mereka telah berjaya melakukannya.

Semalam Menteri Besar Kedah dengan sombong dan bongkak ingin menafikan kewujudan UMNO di Malaysia dalam PRU 13. Beliau ingin menjadikan Johor sebagai sebuah Muzium UMNO, ini bermakna semua negeri lain akan ditawan oleh mereka.

Ungkapan ini pernah didengar dalam PRU 11 yang lalu. Mereka berbangga kerana berjaya menawan Terengganu. Setelah berasa kuat dengan angkuhnya mereka yakin akan menguasai Pahang, Kedah dan Perlis. Tapi sayang yang dikejar tak dapat yang dikandung berciciran, akhirnya Terengganu kembali ke tangan UMNO.

PAS awal-awal lagi sudah mengaku kalah di Johor, ini bermakna mereka akan memperkasa kan jentera pilihan raya mereka di negeri-negeri yang diidamkan mereka. Saya berharap rakyat Pahang , Perlis ,Terengganu , Melaka akan menolak cita-cita tamak mereka.

Zaman Tunku Abd Rahman dahulu PAS lantang mengkafirkan Tunku dan semua orang dalam UMNO kerana UMNO bersatu dengan MIC dan MCA dalam pilihan raya di bawah satu lambang kapal layar iaitu PERIKATAN.

Sejak itu PAS melabelkan UMNO bukan parti Islam. UMNO sekular. dan Yahudi/Maju si. Zaman itu aku masih lagi kecil. Saban hari itu lah yang menusuk ke telinga aku. Masa itu hairan juga, kenapa UMNO di panggil parti Yahudi dan maju si. parti kafir. rupa-rupa kerana UMNO berkawan dengan MIC dan MCA.

Hari ini pula PAS berkawan dengan DAP dan PKR tak apa pula. Tak jadi Yahudi dan Maju si. tak jadi kafir pun. Sepatutnya orang-orang PAS hentikan mengkafirkan diri mereka sendiri kerana perbuatan mereka terang-terang bersubahat dengan parti yang jelas bersifat sekular.

DAP awal-awal lagi menolak kerajaan Islam dan PKR terang-terang merupakan parti sekular. sebab itu Anwar Ibrahim apabila dipecat dari UMNO terkapai-kapai mencari tempat untuk berdiri. Untuk masuk DAP tidak sekali. Untuk menyertai PAS mereka bukan sejiwa dengan PAS. PKR lebih kepada rebelion.

Berbalik kepada desak kan supaya Pak Lah meletak jawatan. Puak-puak pembangkang sibuk sungguh menulis dan bercakap di sana sini. kononnya Pak Lah tidak relevan lagi. UMNO tak relevan lagi. Umno nak diletakkan di muzium.

Sedapnya mulut mereka bercakap. dulu masa DAP kalah teruk tak ada pula mereka mendesak Karpal Singh dan Lim Kit Siang letak jawatan. Begitu PAS, apabila Terengganu jatuh ke tangan UMNO tidak pula mereka mendesak Hadi Awang untuk letak jawatan.

cukup sampai di sini dulu

Johor bakal jadi muzium UMNO - Azizan


IPOH 15 April - Pakatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhasrat menguasai beberapa negeri lain pada pilihan raya umum akan datang dan meninggal kan Johor kepada UMNO sebagai 'muzium'.

Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berkata, matlamat berkenaan boleh dicapai selepas pakatan pembangkang itu berjaya menawan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Katanya, antara negeri yang akan mereka rampas daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO selepas ini ialah Perlis, Terengganu dan Pahang.

''Kita akan menguasai semua negeri seperti Perlis, Terengganu dan Pahang pada pilihan raya umum akan datang dan kita mahu tinggalkan Johor kepada UMNO sebagai muzium.

''Kalau orang mahu tengok UMNO, pergi lah ke Johor,'' katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak anjuran pakatan pembangkang di sini malam tadi.

Azizan mendakwa, kejayaan Pas, DAP dan PKR mengambil alih kerajaan negeri di Kedah membolehkan rakyatnya bebas daripada pemerintahan UMNO dan membolehkan mereka hidup di bawah kerajaan baru yang lebih mesra rakyat.

Menurutnya, ia jelas terbukti apabila kerajaan campuran Pas, DAP dan PKR negeri Kedah tetap mempertahan kan industri padi di negeri itu kerana ia membekalkan 53 peratus beras negara.

''Sebab itu kita buat keputusan agar projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) tidak akan dibuat di kawasan sawah padi kerana kerajaan bimbang ia akan menjejaskan bekalan beras.

''Ini membuktikan kerajaan terdahulu membawa industri itu tanpa menghiraukan kesengsaraan rakyat kerana mengambil tanah sawah yang subur seluas 1,200 hektar untuk memajukan projek itu,'' katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri percaya dapat menarik pelaburan berjumlah hampir RM16 bilion apabila pelabur asing yakin dengan kestabilan politik di negeri ini.

Katanya, pelabur asing juga didapati tidak menghadapi masalah untuk melabur di negeri ini selepas pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri ini.

''Selepas dua minggu dilantik sebagai Menteri Besar, saya telah menerima kunjungan pelabur dari Asia Barat, Amerika Syarikat dan Eropah yang berminat untuk melabur di sini.

''Kita juga menerima lawatan rombongan 20 ahli perdagangan antara bangsa iaitu dari Eropah, Jerman, Perancis dan beberapa negara lain yang berminat untuk melabur di negeri ini,'' katanya.

KEPADA RAKYAT MALAYSIA!!!!!! INI LAH PETIKAN UCAPAN PEMIMPIN MELAYU ISLAM YANG BONGKAK, BARU TAWAN SATU NEGERI DAH TUNJUK BELANG,