Semua orang sedia maklum tentang hukum pakai serban menurut Islam.
Serban tu eloklah dibuka bila menonggang atau membonceng.
Bukannya susah mana nak dibuka pun.
Dulu serban dikecualikan kepada haji dan punjabi. Sekarang tak tau lah masih berkuat kuasa lagi atau sudah dipinda.
Orang Punjab minta dikecualikan sebab nak buka serban susah, maklumlah panjang serban hampir atau lebih dari 20 kaki.
Pak Haji pula kini sudah ramai yang memakai topi keledar demi keselamatan.
Pernah berlaku satu kejadian seorang penunggang motosikal seorang haji yang jatuh dari motornya dan meninggal dunia selepas mengadu pening kepala.
Rupa-rupa tengkoraknya retak akibat hentakan yang kuat di atas permukaan jalan