Rabu, 20 Mei 2009

Komen Menarik dari Penang

Mamak Penang berkata...

Salam taipingmali,
ha..ha..tergelak Mamak dengan Nijar.Dia ini mcm orang Kata "orang kudung dapat cincin"..Dapat jawatan MB pun bukan dia termimpi..cuma bila puak DAP yang cerdik tidak dibenarkan menjadi MB, tetapi MB mesti seorang Melayu.Maka Puak DAP pun memilehlah tiga Melayu yang paling tak cerdik untuk jawatan itu dan dipersembahkan kepada Duli Yang Mulia Sultan perak..DYMM Sultan Pun memileh Nijar ini kerana dia ini ada Ir...didepan namanya.Maka Nijar pun terjunlah sebagai Menteri Besar Bidan terjun untuk negeri Perak.Cuma kesian kat Nijar ini yang menjadi Menteri Besar.Dia ini telah dikerah,dimomok dan dibawa hulu ke hilir oleh adik - beradik dari puak DAP.Yang Nijar syok ialah jadi MB..tak pa lain belakang kira.Menjadi pemimpin di negari yang rakyat berbilang kaum perlu ada pengalaman.tanpa pengalaman yang baik payah nak jaga kepuasan hati rakyat yang berbilang kaum ini.Parti PAS yang hanya mempunyai pengalaman dalam pimpinan negeri-negeri 90% Melayu lain caranya.Negeri Perak daulatnya lain dari negeri lain.Residen british dari bangsa penjajah Inggeris pun mereka ini menentang dan membunuh.Masakan mereka akan biarkan kaum lain cuba memimpin mereka.Sokongan untuk UMNO di Perak masih kuat lagi.Cuma kaum bukan Melayu yang menghendakan Nijar yang puppet (patung) ini!.Ini kenyataan.Kalau DUN dibubarkan pun jaminan penyelesaian tidak akan dapat.Apa jadi kalau keputusan yang sama?.Bubar lagi?.

Maka yang terbaik adalah kedua-dua MB ini menghadap dan menyembah DYMM Tuanku Perak untuk penyelesaian mutlak.penyelesaian di mahkamah sukar mencari penyelesaian.Kerana dalam kaedah perundangan biasanya mempunyai dua atau tiga kefahaman atau interperasi sudut undang-undang itu.Perkara ini yang orang ramai sukar memahami dari sudut mana undang-undang ini di interperasikan oleh Hakim.Selalu bila rakyat berada dua pihak sukar untuk memuaskan hati kedua-dua belah pihak secara baik.

Sudah terang Tuanku memileh pemimpin MB BN/UMNO maka Nijar perlu undur sebagai menghormati permintaan Tuanku.Memang dalam setiap pertarungan kita tak boleh mengalah..tetapi ini kehendak Tuanku dan ianya bukanlah zalim sangat permintaanya.kerana kemelut ini terbit dari Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Nijar.Maka sendirinya Nijar hilang kredibiliti sebagai pemimpin Adun!.Nijar perlu terima kenyataan ini dengan hati yang terbuka.Ingat lagi bagaimana Tuan Guru Nik Aziz memimpin Negeri Kelantan hanya dengan satu kerusi majoriti!.Belum lewat lagi Nijar boleh letak jawatan demi rakyat negeri Perak.Sudah semestinya sekiranya Nijar letak jawatan dia akan menjadi Hero dalam pertarungan ini walau pun kalah pada dasarnya.Sejarah akan mengenang Jasa mu Nijar.Tapi masih berdegil dan mendengar kata-kata dan nasihat dari Puak DAP ini....
"Janganlah jadikan kaum kafir sebagai sahabat rapat kamu kerana nescaya dia akan menyesatkan kamu kelak".