Oleh The Unspinner
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Bapak borek, mesti anaknya rintek. Maka kita terbaca kes perompak dan penyamun ganas bernama Raja Azman bin Raja Petra Kamaruddin, seorang pemuda berusia 32 tahun yang telah ditangkap oleh Polis dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merompak bukan sekali atau dua kali tetapi berulang kali.
Apa yang kita tidak tahu ialah Raja Azman ini memang telah beberapa kali masuk penjara, atas tuduhan samun, merompak dan memukul orang. Dari manakah agaknya anak muda ini mewarisi keganasan dan ketidak warasannya? Jawapannya: Daripada ayahnya.
Orang yang pernah jumpa Raja Azman memberitahu bahawa tubuh Raja Azman penuh dengan tatu yang menunjukkan anak muda ini ahli kumpulan gangster ganas. Raja Azman juga dipercayai mengambil upah untuk memukul orang dan lebih daripada itu.
Ayahnya RPK ataupun Raja Pembohong Kebangsaan membuat kenyataan bahawa anaknya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah dan memutuskan pertalian keluarga sejak 18 tahun dahulu. Cuba kita fikir sekejap. Jika Raja Azman sekarang berusia 32 tahun, maksudnya dia telah meninggalkan pangkuan keluarganya bila masih kanak-kanak lagi yang hanya berusia 14 tahun sahaja.
RPK ini ayah jenis apa dan isterinya Maria Abdullah pula ibu jenis apa yang sanggup menghalau keluar seorang kanak-kanak yang hanya berusia 14 tahun sahaja?
Kepada RPK, how can you say that your son Raja Azman choose to leave your family when he is only 14 years old?
Takkan kanak-kanak berusia 14 tahun itu benar-benar mahu tinggalkan ayah, ibu, adik beradik dan rumahnya? Atas sebab apa anak kesayangan yang hanya berusia 14 tahun hendak meninggalkan rumah keluarga? Tak cukup makan ke ? Tak cukup pakaian ke ? Tak cukup duit poket ke ? Ayah tak beli basikal untuk dia ke? Ibu tak masak makanan yang cukup ke ? Dia tak ada tempat tidur yang elok ke? RPK ini bukan saja kerabat di Raja tetapi juga orang kaya yang pernah menjadi agen jualan kereta mewah. Takkan rumah dia tak ada bilik tidur, katil dan aircon untuk anaknya?
Jelas bahawa anak RPK, Raja Azman tidak memilih untuk meninggalkan rumahnya ketika berusia kanak-kanak 14 tahun dengan hati yang rela. Sebenarnya Raja Azman telah menjadi mangsa yang kerap didera dan dipukul oleh seorang ayah Raja Petra Kamaruddin yang cepat marah dan panas baran. RPK sendiri adalah seorang lelaki yang ganas yang kerap memukul anak dan juga isterinya Maria Abdullah. Oleh sebab tidak tahan lagi dengan keganasan ayahnya yang sering memukul anak dan bini, Raja Azman telah mengambil keputusan untuk lari daripada rumahnya.
Pada masa itu perniagaan RPK merosot dan dia menghadapi bankrap (muflis). RPK juga kaki botol pada masa itu, yang suka boros minum arak sampai hilang waras. Apabila bisnes makin rosak, apabila sudah minum sebotol atau dua botol arak dan terpaksa layan kehendak dan permintaan anak-anak remaja, RPK naik tension dan terus memukul anak bini di rumah.
Sebenarnya Raja Azman, yang telah melarikan diri daripada ayah yang ganas, bukan anak sulung. RPK mempunyai seorang lagi anak lelaki yang juga telah melarikan diri. Anak yang ini telah lama berhijrah ke luar negeri (Australia atau UK) dimana beliau telah kahwin dan mendirikan rumah tangga. Anak lelaki yang di luar negeri ini jarang kembali ke Malaysia dan lebih suka jika tidak berjumpa dengan ayahnya yang ganas. Terlalu banyak kenangan yang pahit dan sedih dalam keluarga ini disebabkan kelakuan gila seorang ayah yang ganas.
Inilah cerita malang keluarga RPK - didera oleh seorang ayah yang ganas hingga bukan saja sanggup membuang anak sendiri - kanak-kanak yang hanya berusia 14 tahun ketika dihalau daripada rumah - tetapi sekarang RPK sanggup menggunakan nasib malang anak yang dibuangnya itu sebagai modal untuk spin politik.
Ini Anak Raja tak ada kelas langsung lah. Low class betul lah.
sumber - the unspninners