Selasa, 11 Ogos 2009

Kerajaan Negeri P.Pinang berkebajikan dan adil?

GEORGETOWN: Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) hari ini bertindak keluar Dewan kerana tidak berpuashati dengan tindakan Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain, yang tidak membenarkan undian dibuat untuk meluluskan satu rang undang-undang.
Tindakan itu diambil selepas Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) mencadangkan kepada Dewan supaya undian dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 114 bagi meluluskan Rang Undang-Undang Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang 2009 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Sebelum proses undian bermula, RSN Rayer (DAP-Seri Delima) tiba-tiba membantah tindakan mengundi itu dengan alasan ia perlu mendapat sokongan ahli Dewan. Speaker kemudiannya membacakan Peraturan Mesyuarat 114 itu dan membuat keputusan bahawa undian tidak perlu dilakukan.

Tindakan Abdul Halim itu menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga), tidak berpuashati dan tetap mahukan undian diadakan.

Rayer kemudian bangun dan meminta Adun BN keluar Dewan jika mereka tidak berpuashati dengan keputusan Speaker. Tindakan Rayer itu menyebabkan semua Adun BN keluar Dewan dan rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan tanpa kehadiran mereka.

Rang Undang-undang Perbadanan Bukit Bendera 2009 itu antara lain bertujuan memberikan kuasa kepada perbadanan berkenaan mengurus, mengendali, mengawal dan menyelenggara perkhidmatan Keretapi Bukit Bendera.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang membentangkan rang undang-undang itu semalam berkata perbadanan itu juga berfungsi untuk memaju, menggalak, mengusahakan pembangunan ekonomi, sosial dan infrastruktur di kawasan Bukit Bendera. - Bernama

Ulasan TM.
Inilah kerajaan yang dibanggakan oleh Anwar, Nik Aziz dan sekutunya,g bertindak mengikut nafsu tanpa menggunakan akal, otokratik, kuku besi,memerintah macam komunis.