"Misi Royalti Bertukar Misi Maut" - itu tajuk utama sebelah kiri bawah Kosmo... artikel penuh di muka surat 13 (ni pertama kali aku beli Kosmo... sebelum ni aku tak pernah layan akhbar bodoh ini)...
"Pengalaman mengerikan apabila terpaksa menyabung nyawa di lautan"... itu kata Khairi (wartawan Kosmo) dalam laporannya... aku tak nak ulas lagi bab itu, yang itu aku biarkan dulu dan aku akan jawab di hujung artikel ini.
Khairi (wartawan kosmo) mempertikai kan tindakan pihak penganjur yang hanya menyediakan bot nelayan untuk menjayakan misi ke pelantar minyak yang pertama kali dijayakan ini. alamak... Khairi... aku tak tahu pengangkutan macam mana yang kau harapkan untuk menjayakan misi ini.
Mungkin sebelum ikut misi ini kau terbayang kan kau meredah lautan dalam kapal mewah sehebat Titanic menuju ke Pelantar Cakerawala..? Khairi juga mungkin pernah membayangkan gadis-gadis cantik sedang mengurut-urut belakang badannya sepanjang perjalanan ini. yang itu aku tak tahu...
1 golongan layak dipanggil sebagai "wartawan" yang kerjanya mencari berita dan menyampai kan apa yang mereka dapat untuk dikongsi bersama semua dan 1 lagi golongan lebih layak dipanggil sebagai "wartawang"... golongan ini bekerja semata-mata untuk "wang" dan mereka ini hanya akan menurut perintah pihak atasan. kalau perlu pusing, pusing lah beritanya agar ianya menguntungkan pihak yang di atas - semuanya kerana "wang".
Memang tak salah apa yang disampaikan. pengalaman di lambung ombak selama lebih dari 24 jam memang amat memeritkan bagi mereka-mereka yang tidak biasa menghadapi kesusahan. jadi apa masalahnya..? itulah kehidupan para nelayan. begitulah para nelayan menghadapi kehidupan seharian mereka hanya untuk mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga.
Kenapa tidak kita yang lebih bernasib baik ini mengambil iktibar atas pengalaman itu..? bukan mudah menjadi nelayan kan..? kita dirumah seronok-seronok makan ikan segar, sotong segar dan semua hasil lautan yang segar-segar hasil "sabung nyawa" para nelayan dilautan tapi kita tak pernah terfikir apa yang para nelayan lalui di lautan.
Belajar lah dari pengalaman yang amat-amat berharga ini. belajar lah dari kesusahan orang lain. dalam hidup kita seharian, kita kena sedar bahawa kesenangan itu tidak mengajar apa-apa kepada kita. kesenangan diibaratkan sebagai "syurga". kalau nak survive atau survival, syurga bukanlah tempatnya. syurga adalah 1 tempat untuk kita duduk mengangkang bersenang lenang dan semuanya ada sebaik kita terfikir apa yang kita mahu.
Kalau nak belajar, carilah kesusahan. kesusahan akan membina kita. anak-anak kecil hidupnya susah, nak makan susah, kena bersuap, nak minum milo susah sebab tak pandai nak buat, jadi mereka mula belajar dari kesusahan mereka. mereka belajar, belajar dan belajar sehingga anak-anak kecil yang dulu tak tau apa-apa sudah boleh berdikari.
Mereka (anak-anak kecil) yang dulunya hidup susah, boleh berdikari sebab mereka belajar dari kesusahan tapi sayang pula bila dah besar, ada anak-anak kecil yang sudah boleh berdikari ini mula malas hendak belajar mungkin sebab dah mula rasa selesa atau mungkin juga sudah rasa terlalu hebat bila sudah dewasa. maka, akan gagallah anak muda ini dikemudian hari.
Tamat bab susah... balik kepada XPDC dan artikel Khairi...
Khairi juga mempersoalkan tentang perjalanan yang "hakikatnya meredah hampir 28 jam perjalanan sebenar". kata Khairi, "petugas media diberitahu, perjalanan hanya mengambil masa 8 jam pergi dan balik pada mulanya"... ini masalahnya kalau wartawan tak ambik perhatian waktu sessi penerangan diberi. timbul kekeliruan. keliru sebab diri sendiri yang lalai atau mungkin juga mamai.
Apa yang dijelaskan oleh Dato' Husam sebenarnya bukanlah 8 jam perjalanan pergi dan balik, sebaliknya 8 jam perjalanan itu untuk sehala (8 jam pergi dan 8 jam balik) sekiranya laut tenang. tanyalah mana-mana kaki pancing laut dalam (tanya aku pun boleh... hahaha...!!!), mana ada bot nelayan yang boleh buat perjalanan sejauh 150 km dalam masa kurang dari 8 jam kalau laut bergelora..? kalau bot laju macam yang Maritim, PDRM atau Kastam pakai tu bolehlah..! ini bot nelayan bro..!
Kau naik kancil tapi kau nak sampai cepat macam orang naik BMW M3 atau M5..? mana ada jalan bro..? laut tenang tu keadaannya sama macam litar F1 Sepang masa tak de perlumbaan, laut bergelora pulak keadaannya sama macam jalan di KL pada hari Jumaat hari bekerja. kau fikir lah sendiri macam mana...
Lain kali kalau nak cepat, kau minta aje bos kau sewa Helikopter... paling cepat 45 minit kau dah sampai ke Pelantar Cakerawala dan paling lewat (kalau angin kuat) 1 setengah jam kau sampai lah Pelantar Cakerawala.
Dato' Husam juga dalam penerangannya telah menjelaskan keadaan itu... kata Dato' Husam, kita telah menyediakan 3 buah bot untuk misi ini. 2 buah darinya adalah bot nelayan jenis C"0" yang akan bertolak dari jeti Pengkalan Kubor dan sebuah lagi adalah bot Maritim yang akan bertolak dari Jeti Tok Bali. masa perjalanan bergantung kepada laut. kalau laut bergelora, mungkin akan mengambil masa sehingga 12 jam atau lebih, kalau laut tenang, mungkin hanya akan memakan masa 8 jam sahaja. kita tengoklah macam mana.
Dato' Husam juga telah menjelaskan bahawa Bot yang akan dinaiki oleh para VIP adalah bot Maritim yang agak selesa. bot tersebut mampu untuk sampai ke Pelantar Cakrawala dalam masa paling kurang 4 jam sekiranya laut tenang dan mungkin juga 8 jam sekiranya laut bergelora. itu telah dinyatakan sebelumnya... mungkin Khairi sedang berkhayal ketika Dato' Husam sedang memberi penerangan.
Macam-macam yang menarik ada pada bot VIP. set pancing yang canggih-canggih disediakan kata Dato' Husam. Tukang masak terlatih, makanan segar dan sedap-sedap,Dato' Husam juga ada mengatakan bahawa mereka akan singgah untuk memancing dalam perjalanan pulang dan masa yang diperuntukkan untuk aktiviti tersebut ialah lebih kurang 2 jam. lokasi untuk memancing terkenal dengan ikan merahnya yang kebanyakannya seberat lebih dari 10kg.
Sebelum bertolak ke jeti, pihak penganjur telah memberi pilihan kepada para peserta untuk memilih sendiri bot mana yang mahu mereka naiki. aku, syeikh, wan joe dan beberapa wartawan media alternative memilih untuk menaiki bot nelayan yang akan berlepas di jeti Pengkalan Kubor sebab kami tak yakin bot Maritim yang akan berlepas di Tok Bali akan berjaya sebab kami fikir bot tersebut akan ditahan polis sebab geng-geng VIP yang akan menaiki bot tersebut (Maririm) kemungkinan akan ditahan PDRM... hahaha...!!! itu cuma lawak kami sebelum bertolak.
Aku tak tau pulak kenapa Khairi dan wartawan Utusan memilih untuk menaiki bot nelayan yang memang bahaya ni... kamu yang membuat keputusan, jangan salahkan pihak lain.
Pada aku, wartawan Kosmo dan Utusan langsung tidak layak untuk digelar sebagai 'wartawan'... bidang kewartawanan bukanlah 1 bidang untuk mereka-mereka yang "manja"... kalau nak bermanja, lebih baik mengopek susu ibu dirumah.
Lihat sahaja bagaimana wartawan Discovery menyabung nyawa mereka. disudut mana dalam dunia ini yang tidak diredah oleh mereka..? pernah tengok rancangan Discovery Channel..? "Deadliest Catch" menceritakan segalanya. apa yang nelayan lalui dilaut dalam, turut dilalui oleh wartawan bertugas yang merakam pengalaman mereka. ada yang pernah terbaca wartawan Discovery bersungut atau mengeluh sebab tidak selesa..?
Dari segi aspek keselamatan pun sipersoalkan dan dalam hal ni memang pihak penganjur memang ada menyediakan jaket keselamatan tetapi jumlahnya tidak mencukupi kerana ada antara pihak yang datang tidak memaklumkan terlebih dahulu penyertaan mereka.
Yang ni aku tak reti nak komplen banyak-banyak... yang aku tau, sebaik sahaja diberitahu bahawa live jaket tidak cukup sebab masalah ada peserta "last minit", sebelum naik bot (dilokasi pelancaran) aku dah sambar live jaket awal-awal sebab aku tak reti berenang walaupun aku selalu kelaut - safety first..!
Pengajarannya - jangan tunggu orang suap atau hulur semua benda pada kita, ikhtiarlah sendiri kalau dah tahu ada kekurangan...
Pihak penganjur juga ada menyediakan ubat mabuk laut kepada semua peserta dan sampai hari ni aku masih simpan lagi ubat tu (aku tak makan sebab dah biasa kelaut).
Jurugambar Utusan Malaysia, Hafiz Johari pula memaklumkan bahawa dia masih dalam keadaan trauma. "saya menyaksikan sendiri tekong bot beberapa kali cuba menghubungi pasukan APMM untuk mendapatkan bantuan tetapi gagal,"
BOHONG..! kenyataannya ialah, tekong bot cuba menghubungi APMM bukan untuk meminta bantuan sebaliknya atas permintaan peserta yang ingin tahu adakah kami akan bermalam di sekitar Pelantar Cakrawala atau akan terus balik sebaik selesai mengambil gambar Pelantar Cakrawala dan juga melakukan rakaman video..!
Bantuan apa yang nak diminta ditengah-tengah laut sedangkan antara kami tiada yang berada dalam keadaan yang memerlukan bantuan kecemasan..? mabuk laut tiada ubatnya bro... lu balik kedarat atau dalam perjalanan balik, hilanglah mabuk laut... sementara tu, nikmatilah saat-saat manis mabuk free..! bukan kena bayar pun..!
Memang aku tak tolak kenyataan yang mengatakan bahawa XPDC tersebut "bahaya", tapi bagi aku, apalah sangat pengalaman macam tu..? ramai lagi para nelayan yang kehidupannya macam tu. untuk apa..? untuk sesuap nasi dan juga untuk menyumbat perut-perut kita yang "malu" atau "segan" atau "PONDAN" ("PONDAN" sesuai diberi pada wartawan Utusan dan Kosmo) dengan hasil laut.
Untuk Khairi Mohamad, Rodelio Junjun Taucan dan juga Hafiz Johari, lebih baik kamu bertiga letak jawatan dari menjadi wartawan dan juga jurugambar... tempat kamu bukan disitu, kamu tak tega untuk bersama mereka-mereka yang kehidupannya sukar.
Kamu bertiga lebih layak berada dalam bilik berhawa dingin, menikmati kopi ekspresso sambil menyedut cerut Cohibba buatan Cuba sambil dibelai oleh wanita-wanita cantik. mungkin juga sedikit red wine atau white wine keluaran Perancis.
Aku tak tau macam mana keadaan kamu bertiga sekiranya dihantar untuk membuat laporan di negara-negara yang sedang bergolak... mungkin juga kamu bertiga akan menjadi wartawan dan jurugambar pertama didunia yang memakai Pampers pakai buang..!
Baru kena lambung ombak dah kecoh pasal "maut"..!
*kalau impikan keistimewaan waktu bertugas, pilihlah proffesion Gigolo atau Jantan Simpanan... anda akan dilayan seperti yang anda mahu... kereta besar, rumah besar dan macam-macam keselesaan termasuk tiket kelas pertama ke Neraka jahanam..!
Baca juga artikel ini - http://kickdefella.wordpress.com/2009/08/07/bila-mat-sabun-di-bawa-belayar/
14 comments:
-
Khari Kosmo tu pondan ke?
-
UM NO eggs..!
-
MEMANG SIAL BETUL BACA KENYATAAN WARTAWAN PONDAN SI KOSMOTU. KHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAK TUIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
-
Untuk KOSMO...
Kick-out aje la wartawan macam si Khari tu...
Sikit2 mengeluh...sikit2 mengeluh..
Macamana nak jadi wartawan cam tu....
Memalukan KOSMO aje.. - This post has been removed by a blog administrator.
-
melayujati - komen kau aku delete sebab tak de kene mengena dengan artikel diatas. kalau nak buat promosi blog, kau pergi cari tempat lain.
Jangan buat semak dekat sini..1
UMNgOk..! -
bagi aku tu baru ujung kuku....
-
drp pemuda kuih lapis:-
amboi demo...khairi tu dok hati kering serupo mu...demo tu gagoh serupo hulk tapi dok payoh la citor kok semuo orhe kegagohan mu tu...nanti bunyi riok pulok..samo2lah kito istigfar. -
buat wartawan yg namanya khairi n utk wartawan utusan,kat sini aku nak bagitau kau...aku ni salah seorg pekerja offshore(oil n gas) dan aku salah seorg kru yg terlibat dalam pemasangan platform cakerawala A,B.(CKP-A,CKP-B)dan aku juga dari sebuah company survey yang memang dah lihat lama yg platform ni terletak dalam perairan kelantan.sebab dalam sistem kami mmg ada tulis jarak dari kota bharu,songkla,kemaman!!jadi aku nak cakap kat ko jangan nak nafikan yg itu semua milik rakyat kelantan!!ko ni khairy setakat wartawan yg manaj xboleh nak susah!!!
satu lagi aku nak bagitau kat ko klu tiba musim tengkujuh semua chopper(heli)x blh nak htr crew ke lokasi kerja kat laut!!jadi kami terpaksa meredah ombak selama 12-20jam utk smp kat lokasi!!pastu bot yg htr kami xseberapa yg ko naik!!pastu bila tiba kat barge,rigs kami terus kena masuk shift (12jam) kat sana diorg xtanya ko mabuk ke tadi?ko ok ke tadi?yg diorg tahu ko kena kerja terus setibanya kat laut!!so klu bongok2 jangan jadi wartawan laa!!!baik ko jadi peraih ikan je lagi bagus!!!!tggu je kat jeti xde gelombang!!(bukan aku nak hina peraih ikan)tapi klu takut nak meredah ombak,jangan berumah ditepi pantai!!!!!xde telur punya wartawan!!!!kalu diberi pilihan kat akulaaa,aku jauh nak naik bot dari naik chopper ke lokasi!!!!dah mcm2 pengalaman yg aku rasa bila naik chopper nie!!!pernah sekali aku dah dapat arahan dari pilot utk emergency landing kat tgh2 laut!!!!so amacam bro KHAIRY?ada berani???????dan satu lagi aku nak cakap yg royalti wajib rakyat kelantan dapat sebab aku jugak anak kelantan!!!!!
menantu org umno perak -
klu aku jd ketua pengarang kosmo...malu haku...
-
Alahai.. baru kena lambung ombak dah kecut teloq2. Aduiii lahhh wartawan2 ni. Wat kena gelak je ngan tekong bot kalo camni. Tak lasak langsung. Manja tahap CIPAN SARKAS.....
-
Masa baca tuan punya pengalaman... punyalah jealous saya sebab for sure tak dapat rasa pengalaman best giler macam tu... tapi masa tumpang baca kat Kosmo tadi... dalam hati saya cakap... apalah si mamat nie, senggal...
Amirul -
hahaha lawak betul wartawan cam nih, baru naik bot kena gelombang dah kata misi maut. belom lagi naik bot gi perang... hehehe
-
Kih kih kih...TPU...biasak la..si khairi & de dang UmNgok punya mentaliti...semuanya nak senang jer.dapat projek..alibabakan..semuanya nak dah ada depan mata ajer...ikhtiar la sikit woiiii...Buat Khairi & de'gang...cube ko pikir camane agaknya nelayan kat pantai timur cari makan pd musim tengkujuh...buat ler cover story skeet utk ko punya surat indah rupa dari khabar tu...he he betu kata tPU..Warta-Wang la korang ni (dekat dah dengan H-Wang, N-Wang tu..hati-2 bro!)